Header Ads

ads header

Flash News

Annuar masih bertegas tindakan UMNO untuk tak bersama UMNO-PAS-BERSATU akan membawa kekalahan PRU-15


Kesetiaan kepada parti harus diukur menerusi pemilihan strategi yang dapat memenangkan parti, bukannya menerusi sokongan kepada pihak tertentu semata-mata, kata bekas setiausaha agung Umno, Annuar Musa.

Katanya, ada pihak dikatakan setia meskipun memberikan formula yang boleh menyebabkan kekalahan parti, manakala mereka yang memberi formula kemenangan dituduh sebagai tidak setia.

“Pada saya, simple. Tidak ada perkara yang peribadi, ini hanya soal memilih satu strategi bagi menentukan parti kita menang. Ini cara kita melahirkan kesetiaan kita kepada parti.

“Kalau kita kata, ‘Oh, ini setia kepada parti’, tetapi kita bagi formula untuk parti kalah.

“Kemudian orang yang cuba nak bagi formula parti menang, ‘oh ini tak setia kepada parti’. Sebab? Sebab tak serupa pendapat dengan dia,” katanya dalam wawancara Bicara Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2020 yang disiarkan di Facebooknya.

Dia berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang mahu Umno dan BN bergerak secara solo menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-15, dan hanya membuka pintu rundingan dengan parti-parti lain selepas PRU bagi membentuk kerajaan.

Pendirian itu disuarakan Ahmad Zahid dalam ucapan dasarnya semasa PAU 2020 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.

Kata Annuar, sekiranya formula bergerak secara bersendirian boleh menjadikan Umno menang besar dan menjadi parti dominan, maka dia sendiri akan menjadi orang pertama yang menyokongnya.

Cuma, katanya, dia terkenang pengalaman dalam PRU-14 yang menyaksikan Umno dan PAS contohnya, akhirnya berdepan situasi kalah-kalah kerana kedua-dua parti dominan Melayu itu bertembung dalam pertarungan tiga penjuru di banyak kerusi.

Juga pengalaman dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah tahun lepas, apabila Umno-BN memilih pendekatan bergerak solo dan mahu berunding selepas PRN, menyebabkan berlaku petembungan dengan sekutu PN di beberapa kawasan.

“Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Mengharapkan bertanding 42 kerusi, hanya 14 kerusi yang menang. Akhirnya jawatan ketua menteri (Sabah) terlepas (kepada Bersatu),” katanya.

'Jangan cakap sokong, akhirnya tak boleh menang'

Pun begitu, daripada bergaduh mengenai formula dan strategi, Annuar mengusulkan satu cadangan buat pengerusi perhubungan Umno negeri bagi mendukung strategi yang disuarakan Ahmad Zahid.

Cadangnya, pengerusi Umno negeri yang berucap wajar menyuarakan komitmen terhadap usul yang disuarakan Ahmad Zahid selaku presiden parti, dan menyatakan pandangan mereka masing-masing terhadap kerusi yang mampu dimenangi jika Umno bertanding secara solo.

“Jangan cakap sokong, tapi akhirnya tak boleh deliver (menang) kerusi. Itu yang saya bimbang.

“Daripada kita bertelagah, bergaduh, tuduh-menuduh, kita periksa di peringkat perwakilan bahagian, memandangkan presiden dah kemukakan, jangan ada prejudis pada presiden,” katanya.

Memberikan contoh di bahagiannya sendiri iaitu di Ketereh, kata Annuar, pada PRU-14, dia menang kerusi itu dengan lebih 25,000 undi, termasuk kira-kira 4,000 undi daripada tentera.

Ketika itu, katanya, BN merupakan kerajaan pusat, penyandang kerusi berkenaan, dan mempunyai peruntukan yang banyak di peringkat bahagian.

PAS memperoleh lebih 20,000 undi, manakala Bersatu memperolehi lebih 6,000 undi.

Namun, katanya, berdasarkan undi lepas, sekiranya Umno-BN bertanding secara solo, maka PN (Bersatu dan PAS) dijangka mendapat lebih 26,000 undi, manakala undi tentera juga mungkin beralih kepada parti kerajaan yang memerintah, iaitu PN.

Berbeza sekiranya Umno, PAS dan Bersatu berganding bahu, katanya, mereka mungkin mempunyai peluang menang besar dengan majoriti yang besar, dengan lebih 51,000 undi.

“Kalau ikut secara solo, Ketereh nak melaporkan, secara hitungan awal, Ketereh mungkin hilang satu kerusi. Itu Ketereh.

“Maka jawablah pula bahagian lain. Kalau kita campur, kita dapat jumlah kerusi yang besar, kita harus menyokong gagasan presiden untuk bertanding secara solo,” katanya lagi.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: