Header Ads

ads header

Flash News

Betul ke UMNO masih kuat?


KP UMNO semalam sebut PAS dan UMNO sama² kalah dalam PRU lepas..betulkah dakwaanya itu?

Jika dikata kalah, PAS berjaya bentuk Kerajaan Negeri Terengganu di samping mengekalkan Kelantan, dan hampir menjadi Kerajaan di Kedah, di sana PAS bertembung dgn UMNO, maksudnya UMNO yg kalah. UMNO hilang kuasa samada di negeri kecuali Pahang dan Perlis dan paling mengguris hati mereka, tatkala hilangnya kuasa di peringkat Pusat.

Bahkan pembentukkan BN telah hancur luluh..sedangkan undi kepada PAS pada PRU lepas di lihat meningkat walaupun bergerak solo dan ketika itu PAS adalah pembangkang, manakala UMNO adalah Kerajaan

Dengan undi dari PAS, semasa beberapa PRK yg lalu telah memperlihatkan UMNO menang dgn bergayanya..namun UMNO jangan lekas terlena mengatakan rakyat mula menyokong UMNO dan kalian semakin kuat dan gagah kembali

Ambe nak ingatkan, bahawa PAS hulur tangan menerima pinangan Umno utk bermuafakat..demi kepentingan umat Islam dan Negara

Rakyat mula senang bila ada penyatuan umat Islam Melayu dan berasa tenang dgn penyatuan yg bermula sejak dua tahun yg lalu, namun dek kerana tak berpuas hati dgn apa yg ada, maka dpt dilhat apa yg sedang terjadi sekarang, penyatuan semakin dipalit dgn cercaan mengatakan PAS telah lupa diri,PAS telah bermadu dan segala²nya diletak atas PAS..

Ambe malas sebut isu PRN di Sabah, dan isu pembahagian exco di Perak sebab ianya hanya telah menjadi sejarah, yg tak perlu dikenang

Pilihanraya semakin dekat..jika ego ini tak dibuang, utk kembali duduk bertautkan ukhuwah..maka pasti sekali lagi PH akan bertahta di persada Kerajaan

PAS masih istiqamah utk pertahankan penyatuan ini. Ambe tak kata PAS ini maksum..dan UMNO silap sentiasa..namun kena kembali kepada al Quran dan Sunnah utk kita leraikan isu ini

Musuh semakin seronok utk memecah belahkan kita..sedarlah..

Bagi pimpinan PAS yg mendapat amanah pangkat dan jawatan, ingatlah itu bukan keizzahan bahkan ianya taklifan yg pasti disoal dan dijawab di Akhirat..kami taknak dengar khabar² melobi sana sini demi jawatan, walaupun desas desus itu rancak kedengaran, malulah kepada Allah jika desas desus ini adalah benar

Maaf kalu ambe salah cakap..boleh tegur kalau ambe salah




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Amno masih kuat la !


    Kuat perasan !!!!

    BalasPadam
  2. Betul UMNO nasib Kuat, sebab itu UMNO diserang bertubi2 oleh musuhnya yg jenis orang yg bersifat dengki lagi munafik !!!

    BalasPadam
  3. Pd pendapat sy, perjuangan menjaga kepentingan Islam adalah lebih penting drpd menjaga kepentingan party. Oleh itu sy mengharap sangatlah agar UMNO buang sedikit ego dan sedia bergerak bersama2 dgn Bersatu dan PAS dlm Perikatan Nasional.
    Sy faham yg Umno sedikit terkilan dgn Bersatu tpi demi kepentungan Islam, pendamkanlah saja perasaan tu.
    Maafkanlah aja tindakan2 "nakal" dari Bersatu kerana Bersatu masih lgi belum baligh. Masih "budak2". Umno dah matang dan tak perlu layan sangat karenah budak2.

    BalasPadam