Header Ads

ads header

Flash News

Dusuki dakwa menang saman ke atas Miqdad sebelum perbicaraan dimuktamadkan



KUALA TERENGGANU :
Ahmad Dusuki Abd Rani semalam telah hadir ke Mahkamah Kuala Terengganu bagi taksiran ganti rugi ke atas saman fitnah yang dilakukan oleh Miqdad Zakaria.

Bekas calon PAS DUN Kota Anggerik, Shah Alam itu diwakili oleh firma Tetuan Srihana Mohamad & Partners melalui Peguamnya Mohd Jamil Bin Yaacob bersama Wan Srihana Wan Mohamad, lapor shahalamku.com

Laman web tersebut juga mendakwa mahkamah bersetuju dan memberikan taksiran gantirugi sebanyak RM200,000 beserta kos untuk kes pertama Dan kes kedua sebanyak RM200,000 beserta RM50,000 untuk gantirugi teladan beserta kos.

Miqdad dalam satu maklumbalas kepada berita ini telah memuatnaik satu status secara sinis agar jangan diulang perangai seperti kes Sarawak Report.

“Dulu ‘bertempik’ menang saman lawan Sarawak Report.. Last sekali dalam diam bayar belakang tabir nak tutup kes..

Harapnya jangan ulang benda sama dah la yer..”

Menurut Miqdad, perbicaraan kes ini masih belum selesai sepenuhnya tetapi pihak Dusuki telah mendakwa menang saman persis seperti kes Sarawak Report yang telah disaman Presiden PAS sebelum ini yang berakhir dengan Presiden PAS terpaksa selesaikan di luar mahkamah dengan membayar sejumlah RM1.4 juta walaupun yang menyaman Sarawak Report adalah Abd Hadi Awang.

Perbicaraan akan memasuki fasa seterusnya di Mahkamah Tinggi Shah Alam.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. MR kena jadi profesional ala malaysiakini yg sebolehnya memgelakkan berita fitnah seperti pembayaran TGHH kpd Clare Brown.. atau apakah Senior Editor telah melihat cek yg benar2 sahih yg kononnya dibayar oleh TGHH??

    Nasihat saya jika kita tak mampu meminta maaf kpd TGHH sekurang2nya jgn lah panjangkan fitknah terhadap beliau..

    Jangan kata saya tak payung..

    BalasPadam