Header Ads

ads header

Flash News

Kuasa Politik Melayu seperti Harimau Yang Luka Perlukan Rawatan



Apa yang dijangka berlaku telah pun berlaku. Ia bukannya sesuatu yang diluar jangka.
Harimau ini kini tercedera luka. Tidak cukup sekadar meraung rintih, murung dan marah. Luka akan makin parah dan nyawa pun mungkin terancam.

Apa yang perlu dilakukan adalah merawat luka ini agar ia tidak semakin parah tapi segera sembuh. Tenaga perlu dipulihkan agar sang belang dapat kembali bangkit gagah berhadapan dengan musuh sebenar.

Perpaduan ummah yang menyatukan kuasa politik umat Melayu Islam bertenggek di atas kesungguhan dan komitmen ketiga parti PAS, Umno dan Bersatu.

Tanpa penyatuan kukuh jalan nanti jadi tempang dan tidak mustahil terperosok menyembah bumi
Tatkala itu naik melata kembalilah musuh yang menunggu dan meninjau kelemahan kita.




Pagi ini antara ulasan menarik darihal perkembangan politik semasa datangnya dari Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod dari UIAM. Beliau dipetik dalam akhbar The Star pagi ini sebagai berkata bahawa beliau yakin PAS pasti terpanggil memain peranan mendamaikan antara Umno dan Bersatu yang sedang tegang.

Tambah Dr Nik pastinya PAS tidak mahu memilih antara Umno atau Bersatu. Ini kerana agenda PAS sejak awal bukan sekadar menang pilihanraya dan berkuasa semata-mata tetapi apa yang PAS inginkan adalah penyatuan kuasa politik umat Melayu Islam dalam negara.

Hanya apabila ini tercapai barulah selamat Agama, bangsa dan negara kerana pastinya kita tidak mahu mengulangi kesilapan pada PRU ke 14 lalu.

Untuk itu PAS dijangka terus memainkan peranannya. PAS tidak mudah berputus asa.

ROSLAN SMS



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. umno hari ini bukan boleh diibaratkan spt saekor harimau...,jauh panggang dari api...masakan pemimpin atasan yg ramai korup, pencuri duit kerajaan, tdk amanah dinggap spt harimau....memalukan...
    jelas perjuangan pimpinan tertinggi umno hari ini hanya utk melepaskan diri segala kerja jahat yg telah mereka lakukan, terutama perilaku jahat najib, zahid dan ramai lagi....

    BalasPadam