Header Ads

ads header

Flash News

Kalau PAS masih bersama PN, kita terpaksa lawan - Ku Li


BN sedia bertanding secara solo meskipun terpaksa berdepan dengan PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15, kata veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Jelas Pengerusi Jemaah Penasihat Umno itu, dia yakin BN mampu mencipta kemenangan meskipun bergerak sendirian sekiranya PAS memutuskan kekal bersama Perikatan Nasional (PN).

"Kita selalu bertanding solo... Kalau tak yakin (menang) macam mana kita nak bertanding? Memanglah, kita sebelum ini pun kita bertanding solo," katanya ketika ditemui selepas ucapan dasar presiden Perhimpunan Agung Umno 2020, di PWTC, Kuala Lumpur, hari ini.

Ditanya sama ada keputusan BN untuk bertanding secara solo akan mengguris hati PAS, Tengku Razaleigh yang juga dikenali sebagai Ku Li berkata sehingga kini Umno masih bersama parti itu.

"Itu terpulang kepada PAS kerana kita bersikap bersama dengan dia dalam Muafakat Nasional (MN). Tetapi selepas kita buat keputusan tarik diri daripada PN dan menteri-menteri kita (Umno) akan berhenti daripada menjadi menteri, timbalan menteri, daripada menjadi pengerusi GLC, lantikan kerajaan PN, kita tidak ada kena mengena lagi dengan PN.

"Oleh kerana itu, kita akan melawan. Kalau PAS masih ada di situ (bersama PN), kita lawanlah dia. Apa nak buat," katanya lagi.

Terdahulu ketika menyampaikan ucapan dasar, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata BN bersedia untuk menghadapi PRU-15 secara bersendirian.

Katanya, ia bagi membolehkan Umno kembali menjadi kuasa politik dominan selepas PRU-15 dengan memenangi banyak kerusi.

"Memahami realiti politik semasa, BN seharusnya bersiap-siaga. BN telah memutuskan akan menghadapi PRU-15 secara bersendirian.

"Biar saya jelaskan, once and for all, untuk Umno menjadi dominan semula selepas PRU-15, pertamanya, kita mesti menang kerusi terbanyak. Kedua, BN perlu menentukan parti mana yang benar-benar ikhlas dan jujur untuk membentuk kerajaan bersama kita," kata Ahmad Zahid.

Dalam pada itu Tengku Razaleigh berkata, jika PAS masih bersama Umno parti itu perlu mencari formula bagi mengelak pertembungan.

Sementara itu, bekas setiausaha agung BN, Annuar Musa berkata sudah menjadi hak presiden untuk menyatakan pendiriannya bahawa BN akan bertanding secara solo.

Bagaimanapun, kata Annuar, terpulang kepada perwakilan untuk menilainya.

"Ya hak presiden untuk memasukkan dalam ucapan dasar dan terserah kepada Umno, terserah pada perwakilan nak bertanding solo. Sekurang-kurangnya presiden buat penjelasan nak bertanding solo.

"Sebelum ada ini kita tengok ada nak bekerjasama dengan orang itu, orang ini. sekurang-kurangnya presiden buat penjelasan pendirian beliau dan terpulang pada ahli-ahli untuk buat penilaian," katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. UMNOGOK berhasrat pecahkan MN kerana DENDAM KESUMAT pada BERSATU bagi kerjasama dgn P arti K hianat R eformas...umnogok tidak ambil peduli pkr melarikan ahli2nya ikut bekas tim pres umnogok..tetapi tutup pintu dgn ppbm...TETAPI menyalahkan PAS kerana sikap sombong umNO spt melepaskan anjing tersepit

    BalasPadam
  2. MALAM INI MALAM NISFU SYAABAN...DOA YANG DITOLAK BAGI MEREKA SEKUTUKAN ALLAH DAN YANG MENOLAK PENDAMAIAN DAN PERSAUDARAAN...MAKA MUHASABAH DIRI KITA TIDAK TERMASUK 2 GOLONGAN INI...AUS DAN KHAuRAJ SERTA MUHAJIRIN BOLEH BERDAMAI ...apalah sangat kita yang lemah ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. KULI yang pernah pecahbelah dan khianat pada umNO dgn tubuh s46 MELUTUT juga pada PAS ketika itu...spesis lidah biawak dan anjing tersepit KULI ini

      Padam