Header Ads

ads header

Flash News

Kalau Umno nak ambil semua kerusi, saya pun nak, kata Muhyiddin


PAGOH
: Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menggesa Umno supaya tidak ghairah mengenai pengagihan kerusi sehingga menutup terus ruang untuk PPBM bertanding pada PRU15.

Beliau yang juga presiden PPBM tidak mahu kelihatan “angkuh” namun jika terpaksa partinya sanggup menghadapi Umno jika parti itu nekad mahu membolot kerusi yang dipertandingkan pada PRU15 nanti.

“Kalau begitu, kalau dia (UMNO) ambil semua, saya pun ambil semua. Satu lawan satu, satu lawan dua, satu lawan tiga. Inilah politik,” kata Muhyiddin, yang pernah menjadi timbalan presiden Umno, pada sidang media.

“Sebab itu saya tidak menyombong diri, bersikap angkuh nanti rakyat marah. Saya faham kenyataan dalam Perhimpunan Agung. Saya pun ada dekat situ dahulu. Saya tak mahu hadapi satu pertembungan yang akhirnya kita mengalih pandangan daripada soal pokok.”

Beliau mengulas ucapan Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, pada Perhimpunan Agung Umno 2020 pagi tadi, yang menekankan “perpaduan ummah” dan “penyatuan Melayu” mesti dipimpin partinya, sementara meremehkan PPBM sebagai parti “kutip”.

PAU 2020 dijangka memuktamadkan keputusan Majlis Kerja Tertinggi Umno menamatkan kerjasama dengan PPBM, manakala sokongan untuk kerajaan Perikatan Nasional hanyalah sehingga Parlimen dibubarkan untuk PRU15.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. DALAM UMNO ADA KLUSTER KABINET, KLUSTER MAHKAMAH, KLUSTER MUSUH DALAM SELIMUT, KLUSTER GUA, KLUSTER ANUAR DAN BERBAGAI KLUSTER LAGI.

    SEMUA KLUSTER AKAM MEMBAWA PENYAKIT YANG RAKYAT SUDAH MAKLUM.

    SINGKIRKAN MEREKA !

    DALAM SEMUA KLUSTER KLUSTER TU ADA DUA BENDA YANG MEREKA SEMUA ADA DALAM DIRI MEREKA - IAITU "KLUSTER DUIT" DAN "KLUSTER FITNAH"

    ORANG UMNO NI KAT PERINGKAT MANA PUN MEREKA DUDUK KALAU NAMPAK DUIT BUAT FITNAH BOLEH MASYUK BAEK PUNYA SEMUA KLUSTER DEPA SOKONG..

    SEBAB MEREKA DI DIDIK SELAMA 22 TAHUN 22 BULAN OLEH "BAPAK SEGALA KLUSTER"

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju dgn anda 6:57ptg

      Padam
  2. sokong 1000% AWANAMA 657

    BalasPadam