Header Ads

ads header

Flash News

Kalimah Allah: Gerakan puji pendirian Hadi


Kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengenai pendirian parti itu terhadap penggunaan kalimah Allah hari ini mendapat pujian parti komponen Perikatan Nasional (PN), Gerakan.

Setiausaha Agung Gerakan Mak Kah Keong berkata parti itu menyambut baik kenyataan Abdul Hadi yang berpendapat tiada sesiapa boleh menghalang mana-mana pihak menggunakan kalimah berkenaan.

Katanya kenyataan Abdul Hadi itu merupakan sikap yang meraikan kepelbagaian agama dan kepercayaan di Malaysia.

Ia juga kata Mak menambah keyakinan Gerakan kepada PN bahawa gabungan berkenaan komited dengan agenda perpaduan nasional dan kesaksamaan dalam semua perkara termasuk dalam kehidupan beragama.

"Gerakan menghargai kenyataan tersebut yang datang daripada seorang tokoh Islam yang amat dihormati oleh kita semua, dan ianya juga akan meningkatkan semangat saling hormat-menghormati dan memberi ruang kepada semua dalam memahami isu tersebut." katanya dalam kenyataan media hari ini.

Pada 12 Mac lalu Abdul Hadi berkata sesiapa pun tidak harus dilarang daripada menggunakan perkataan Allah sama ada seseorang itu Muslim atau penganut agama lain.

Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah itu juga berkata mereka tidak boleh dilarang menggunakan kalimah Allah sama ada melalui ucapan atau tulisan.

Jangan sekali-kali melarang mereka daripada menyebutkan perkataan Allah,” katanya. 

Pun begitu, kata Abdul Hadi, perlu juga dilihat pada tujuan penggunaan kalimah tersebut, bukan sekadar lafaz dan ungkapan semata-mata.

Jika kalimah Allah itu mahu digunakan untuk mengelirukan atau menghina penganut Islam, katanya, maka harus ada sempadan dan hukumnya.

Pun begitu tidak semua menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung penggunaan kalimah Allah baru-baru ini.

Beberapa kumpulan pendesak Melayu bahkan mendesak kerajaan agar membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu.

Mak berkata kenyataan Abdul Hadi selaras dengan prinsip Rukun Negara yang dirangka sebagai landasan untuk mencapai perpaduan yang kukuh dalam kalangan rakyat Malaysia.

"Gerakan percaya Islam sebagai agama rasmi persekutuan mementingkan kesaksamaan dan menghormati kebebasan beragama yang lain, sejajar dengan peruntukan-peruntukan dalam perlembagaan.

"Sebagai anggota parti dalam PN Gerakan akan sentiasa mempertahankan kepelbagaian kebudayaan dan agama, dan memastikan perpaduan sebagai asas kepada pembentukan agenda kemalaysiaan," katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Cair jangan terlalu siasah nanti makan diri

    BalasPadam
  2. Semoga Allah Melindungi Rakyat Malaysia dari Tindakan Munafik Pemimpin Politik Yang bertopengkan Agama demi Pangkat dan Harta Dunia.

    BalasPadam
  3. Singkat kata untuk keuntungan luar biasa yang Anda bantu saya peroleh hanya dalam seminggu dengan strategi opsi biner, maaf saya ragu pada awalnya, saya menginvestasikan $ 200 dan menghasilkan $ 2.500 hanya dalam satu minggu, dan terus berinvestasi lebih banyak, hari ini saya secara finansial berhasil, Anda dapat menghubunginya melalui email: carlose78910@gmail.com
    Melalui whatsapp: (+12166263236)
    Saya menyarankan agar Anda tidak ragu-ragu. Dia hebat.

    BalasPadam
  4. Memang pada prinsipnya Tuan Guru Haji Hadi adalah betul.

    Orang yang membaca bible akan tahu akan Allah dan Jesus. Dan mereka sendiri akan mempertikaikan bible dan mula mencari jawapan dalam Al Quran.

    BalasPadam
  5. Fakta dan Hakikat yang nyata adalah Allah bukan Triniti. Tiada hak tuk mereka mengunakan Nama Allah itu sebagai Tuhan yang sama dgn orang Islam. Kalau tak faham jgk lebih baik kao terjun jer dalam Lubang sama spt orang2 kafir dan munafik yang lain. Sekian.

    BalasPadam
  6. Parti gerakan tlh mula mainkan peranan dgn memuji tghh. Kemudian nnti gerakan akan masuk jarum spya dengar cakap mereka. Jangan biarkan gerakan mjadi king maker dlm PN dh le. Jika tk, PN akan jadi mc umno dlm BN yg jadi khadam sahaja kpd mca,mic dan gerakan dulu hgga tanah melayu tggal 12% aje lg skrg. Pas wajib mjaga dan mpertahankan agama islam kita. Jika dituruti dgn pujian gerakan yg masuk jarum dh ni maka pmbntangan RUU355 mgkin akn ditolak awal2 nnti.

    BalasPadam