Header Ads

ads header

Flash News

Kerja baharu Najib cari kesalahan Kerajaan PN




Ahli Parlimen Pekan Najib Razak menggesa kerajaan menjelaskan ketiadaan maklum balas atau kelulusan berhubung projek tenaga solar yang diumumkan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar minggu lalu.

Gesaaan itu hadir selepas Sultan Ibrahim semalam membatalkan majlis pecah tanah untuk Taman Solar Sultan Ibrahim yang dijadualkan pada 23 Mac susulan tiada respons daripada kerajaan berhubung cadangan tersebut.

"Kerajaan PN (Perikatan Nasional) perlu menjelaskan secara umum kenapa tidak memberi maklum balas atau kelulusan bagi projek ini agar DYMM Sultan Johor tidak murka dan rakyat Johor tidak rasa dipinggirkan kerajaan pusat.

"Tiada sebab kenapa projek di Pengerang ini tidak diluluskan sekiranya projek ini menggunakan dana swasta dan dibina di atas tanah swasta atau kerajaan negeri," kata Najib di Facebook.

Sultan Johor mengumumkan projek bernilai RM1.4 bilion di Pengerang, Kota Tinggi, itu pada 1 Mac. Ia direncana menjadi yang terbesar di Asia Tenggara dengan kapasiti 450 megawatt.

Bagaimanapun, pihak berkepentingan dan penerima manfaat projek yang dicadangkan masih belum jelas.

Semalam, Sultan Ibrahim bertitah, majlis pecah tanah telah dibatalkan setelah Putrajaya gagal memberi respons terhadap projek itu.

"Saya nampak tidak ada alasan mengapa kerajaan persekutuan tidak boleh memberikan peluang kepada Johor untuk menjadi pengeluar tenaga elektrik yang mesra alam ini.

"Kita ada kawasan tanah yang sesuai, pembangunan yang pesat di negeri ini dan permintaan daripada negara jiran, menjadikan Johor sebagai lokasi yang paling strategik" titah baginda.

MR: Sehingga lupa kesalahan diri sendiri, atau dah rasa tak berasalah



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


7 ulasan:

  1. DS Najib tanya pun salah ker?ratib la nama DS najib banyak2...

    BalasPadam
  2. Bodoh betul pas serta yg penulisan ni

    Agung dah titah agar parlimen segera bersidang, muhyiddin serta ppbm bisu senyap je. konon junjung perlembagaan n raja2.. ah pas takleh harap!

    Tu la bila dah dpt habuan jawatan tinggi/menteri dgn PPBM, Pas dah buang ke longkang bab nahi ani mungkar ni.

    BalasPadam
  3. najib hari ini dah jadi tali barut DAP, talibarut kaum india, cina yg sudah hilang hurmat pd umat melayu
    apa pun semua demi kepentingan diri utk melepas diri dari segala kejahatan, penyelewengan, perasuah terhebat didunia yg tlh pun dihukum bersalah...
    jual Agama bangsa utk kepentingan diri....masakan umat melayu begitu bodoh utk najib jadi pemimpinnya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adakah jadi satu kesalahan tegur kerajaan PN agar jelaskan tentang projek solar di Pengerang? Atau bila tegur kerajaan je maka jadi tali barut DAP. Najib dan UMNO blm pernah jadi tali barut atau baju DAP berbanding parti Islam yg pernah sekongkol dgn parti itu

      Padam
  4. dalulat laa.. how to bersidang.. akai ada kaa

    BalasPadam
  5. tidak dapat dinafikan ds najib berfikiran bernas,,banyak idea2 beliau berjaya memacu ekonomi negara,, hasil usaha keras beliau tanpa jemu dan
    tiada kenal erti kecewa kerana umnobn tewas pru14,,telah menyebabkan 7 prk berjaya mengalahkan parti ph,,beliau juga kerap memuji pas,,bahkan sangat menghormati pimpinan pas,,bahkan beliau lebih terbuka menerima pas,,berbanding pas sendiri. trol2 beliau menyebabkan kerajaan ph menjadi bercelaru dan menjadikan menteri2 ph mcm kera mabuk, bodoh dan makan gaji buta...elok benar dsn beri teguran kpd kerajaan PN..apa masalah? apa,,tak boleh terima teguran ka??

    BalasPadam