Header Ads

ads header

Flash News

Kerjasama mesti berasaskan keikhlasan, jangan telunjuk lurus kelingking berkait, kata Saarani



LUMUT:
Pengerusi Umno Perak, Saarani Mohamad berkata, tindakan Umno tidak akan bekerjasama dengan PPBM dalam pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dan bersama Perikatan Nasional sehingga Parlimen dibubarkan kerana tiada keikhlasan antara kedua-dua parti.

Katanya, penyatuan dan perpaduan antara parti perlu berlandaskan keikhlasan serta hormat-menghormati, seperti hubungan Umno dan PAS dalam Muafakat Nasional.

“Umno mahukan perpaduan, Umno mahukan penyatuan, tetapi perpaduan dan penyatuan, kerjasama antara parti mesti berasaskan keikhlasan, jangan telunjuk lurus kelingking berkait, itu kita tak mahu.

“Masa Muafakat Nasional, ia dibuktikan dengan keikhlasan. Ketika PRK (pilihan raya kecil) di mana kerusi Umno bertanding, PAS tak bertanding, di mana PAS bertanding, Umno sokong PAS.

“Itu buktinya, dan persefahamannya Umno dan PAS saling tak bertemu (kerusi), PAS tak tubuh cawangan untuk curi orang Umno dan Umno tak tubuh cawangan untuk curi orang PAS,” katanya selepas melawat Pangkor.

Semalam, PPBM mengesahkan parti itu menerima surat daripada Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi berhubung keputusan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 19 Feb lalu yang memutuskan tidak bekerjasama dengan PPBM pada PRU15 dan hanya bersama kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan.

Saarani berkata, kerjasama dengan PN di Perak masih seperti biasa dan akan diteruskan sehingga Parlimen dibubarkan.

“Tiada pecat-memecat, tiada pertengkaran. Kami profesional, dalam mesyuarat Exco, kita masih boleh beri pandangan dan bergurau dengan aman damai.”




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan