Header Ads

ads header

Flash News

Mariam Mokhtar bodoh memahami perlembangaan negara sendiri


Mariam Mokhtar menulis artikel dalam FMT bertajuk "Confused Over Use of the Word Allah" (https://www.freemalaysiatoday.com/.../confused-over-use...).

Mariam kata, orang Kristian di negara-negara Arab, Indonesia dan Borneo memanggil Tuhan mereka dengan nama Allah sejak berzaman. So, apa masalahnya sekarang? Masalahnya, Mariam itu buta huruf. Tak tau baca Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang bertulis.

Perkara 3 klausa 1 membenarkan agama-agama bukan Islam diamalkan secara harmoni di seluruh Malaysia walaupun agama Islam adalah agama Persekutuan. Begitu juga, Perkara 11 klausa 1, dibaca bersama klausa 5, membenarkan setiap orang menganuti dan mengamalkan agamanya (termasuk agama bukan Islam), kecuali jika amalan agama itu bertentangan dengan "public order, public health or morality". Sekarang, bila masuk bab propagation (mengembangkan agama), ada syarat tambahan. Menurut klausa 4 Perkara yang sama, Dewan Undangan Negeri '... may control or restrict the propagation of any religious doctrine or belief among persons professing the religion of Islam'.

Pendek kata, seorang Kristian boleh menganuti agamanya, boleh mengamalkan agamanya (tertakluk kepada public order, public health dan morality), dan boleh mengembangkan agamanya tetapi hanya kepada mereka yang bukan beragama Islam.

Berdasarkan pada kuasa menurut klausa 4 itu, setiap negeri di Malaysia, kecuali W.P, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak, mempunyai undang-undang yang menghukum mana-mana orang bukan Islam yang cuba mengembangkan agamanya kepada orang Islam. Hukuman ini akan dilaksanakan oleh Mahkamah Sivil, dan bukan Mahkamah Syariah. Sebagai contoh, di Selangor ada Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988. Menurut seksyen 9(2) Enakmen tersebut, "Allah" adalah antara perkataan dan frasa yang dilarang untuk digunakan oleh orang bukan Islam kecuali sebagai petikan atau rujukan (seperti mana yang saya buat sekarang).

Oleh itu, keputusan Mahkamah Tinggi dalam kes Jill Ireland tidak mengubah undang-undang di Selangor dan di sembilan negeri lain bahawa orang bukan Islam tidak boleh menggunakan perkataan Allah. Saya setuju dengan titah Sultan Johor dan Sultan Selangor. Tetapi, di W.P, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak pula, tiada undang-undang yang menghukum orang bukan Islam daripada menggunakan perkataan Allah. Jadi terpulang kepada Parlimen dan DUN negeri-negeri itu untuk menggubal undang-undang berkaitan kawalan pengembangan agama bukan Islam.

Sekarang, saya masuk topik lain. Kenapa gereja-gereja beria-ia nak menggunakan perkataan Allah dalam tulisan atau ceramah dalam bahasa Malaysia, sedangkan Allah adalah perkataan bahasa Arab? Setahu saya, teks-teks asal agama Kristian bukan dalam bahasa Arab. Jesus Christ juga bukan menggunakan bahasa Arab untuk menyampaikan mesej-mesejnya. Oleh itu, saya setuju dengan pendapat Hakim Mahkamah Rayuan, Y.A. Apandi Ali, dalam kes Allah melibatkan majalah The Herald suatu ketika dahulu:

'Perkataan "Allah" sebagai nama Tuhan mahupun nama manusia tidak wujud walaupun sekali dalam Kitab-kitab Hebrew atau Taurat atau Injil. Mengambilkira hakikat sejarah ini, kalimah atau nama "Allah" bukanlah menjadi isi kepercayaan dan amalan agama Kristian, terutamanya Gereja Roman Katholik. Oleh itu, tiada alasan munasabah mengapa responden beria-ia benar hendak menggunakan kalimah "Allah" dalam suratberita mingguannya, terutama dalam versi Bahasa Melayunya. Oleh kerana "Allah" tidak menjadi isi (intergral part) agama responden, maka adalah munasabah untuk merumuskan bahawa penggunaannya akan menyebabkan kekeliruan yang sia-sia di kalangan umat Islam dan tentunya juga tidak kondusif kepada tempo kehidupan yang aman dan harmoni di negara ini. Rumusan ini diperkukuh oleh fakta bahawa penduduk majoriti negara ini adalah orang Melayu yang beragama Islam.'

Pada pendapat saya, sekiranya gereja-gereja ingin menyampaikan mesej dalam bahasa Malaysia, perkataan yang paling sesuai untuk Lord atau God adalah Tuhan, bukan Allah. Itu adalah perkataan bahasa Arab. Lagipun, orang-orang Kristian menyembah Jesus Christ. Jesus Christ adalah Tuhan mereka. Dan tiada undang-undang di Malaysia yang melarang orang-orang Kristian menggunakan nama Jesus atau Isa atau Yesu. Jadi, saya rasa pelik bagaimana larangan penggunaan perkataan Allah boleh menafikan hak orang Kristian.

Ada seorang Kristian yang mencabar saya, dia kata Kitab agama Sikh, iaitu Guru Granth Sahib ji, juga mengandungi perkataan Allah. Jadi, adakah Kitab itu juga salah? Ini jawapan saya:

1. Tiada orang Sikh yang memanggil Tuhan dengan nama Allah. Orang Sikh menyebut Waheguru. Untuk orang Sikh, Waheguru bererti Tuhan Yang Esa (Ek Ongkar), Namanya adalah Kebenaran (Satnaam), Pencipta Alam (Karta Purakh), Tidak Takut (Nirbhau), Tiada Kebencian (Nirvair), Rupa Abadi (Akaal Murat), Tak Lahir dan Tak Mati (Ajooni), Tercipta Dengan Sendirinya (Saibhang), Guru Yang Merahmati (Gurprasad).

2. Walaupun diakui bahawa nama Allah disebut berkali-kali dalam Guru Granth Sahib ji sebagai rujukan kepada Tuhan, ini berlaku kerana Kitab tersebut ditulis sendiri oleh 6 orang Guru Sikh dan lebih kurang 30 orang ahli falsafah, termasuk mereka yang beragama Islam, seperti Bhagat Kabeer dan Baba Shaikh Farid. Guru Sikh juga menggunakan nama Allah untuk merujuk kepada Tuhan yang disembah oleh orang Islam.

3. Agama Sikh bukan agama missionary. Sebab itu, tiada orang bukan Punjabi yang beragama Sikh, khususnya di Malaysia. Oleh itu, mustahil terdapat apa-apa dalam agama Sikh yang boleh dianggap sebagai melanggari klausa 4 (yang melarang pengembangan agama bukan Islam kepada orang Islam).

4. Segala urusan keagamaan Sikh dibuat dalam bahasa Punjabi. Tak ada ceramah atau risalah dalam bahasa Malaysia. Jadi, macam mana orang-orang Melayu nak jadi confused?



P.S. So, Norman tak payah lah kamu nak heret masuk agama Sikh dalam tuntutan tidak wajar kamu. Kamu tunjuk kepada saya Kitab asal agama kamu. Ada tak nama Allah dalam Kitab asal itu? Kalau tak ada, jangan cuba menangguk di air keruh dengan memetik agama Sikh. Orang Punjabi suka menggunakan frasa "Sannu Ki?", yakni "Ada Aku Kisah?". You clear your own mess. Sannu ki?




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Dr Shamser jujur dalam hal ini, agama kristian dibawa oleh mubaligh daripada negara Eropah ke Melaka dan Kepulauan Melayu termasuk Sabah dan Sarawak. Orang Eropah Kristian menyebut Lord atau God merujuk kepada Tuhan. Bayangkan 400-500 tahun dahulu, mubaligh Kristian menyebarkan agama Kristian dengan merujuk kepada Lord sedangkan Kepulauan Melayu diislamkan oleh pedagang Arab dan menyebut Allah sebagai tuhan.... Persoalannya kenapa mubaligh Kristian memperkenalkan Lord sebagai Allah jika tidak berniat memesong dan mengelirukan orang tempatan? Sesiapa yang pernah berada di Eropah atau negara kulit putih, sebutan Allah kepada Lord amat asing, tak diterima mungkin. Niat gereja di Malaysia untuk mempertahankan penggunaan Allah sememangnya berniat untuk mengembangkan agama Kristian, kalau tak pun kalimah itu akan dipermainkan oleh bukan islam. Bukannya tak berlaku kes kalimah Allah pada tapak kasut dll. Orang Islam yang baik tidak akan mencemuh agama lain, tapi kalimah Allah dan penyebaran agama bukan Islam terhadap orang Islam sudah berlaku lebih 400-500 tahun lamanya dan penjajah telah gagal menukarnya. Dengan adanya perlembagaan persekutuan, perkara ini telah diletakkan ditempat yang tinggi. Inilah salah satu perkara yang hendak diubah oleh PH sekiranya berkuasa lebih lama...

    BalasPadam
  2. Kalau Hal ugama dan politik telah dicampuradukkan , jadi ini telah di jadikan satu masalah politik . Kalau dinegara lain , kebebasan beragama tidak timbul . Pening dan Susah !

    BalasPadam