Header Ads

ads header

Flash News

Muhyiddin, Hadi bertemu: Tolak jajaran baharu, rangka strategi hadapi PRU15


KUALA LUMPUR –
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Pas akan terus mengukuhkan kerjasama dalam Perikatan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)

Keputusan itu merupakan satu daripada empat ketetapan yang dipersetujui kedua-dua parti hasil pertemuan pemimpin tertinggi Bersatu dan Pas iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam.

Pertemuan tersebut diadakan berikutan senario mutakhir politik negara bagi merangka halatuju kerjasama lebih mantap dan berstrategi dalam Perikatan Nasional.

Perkembangan terkini itu dimaklumkan dalam satu kenyataan bersama oleh Setiausaha Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan.

“Menginsafi pentingnya kestabilan politik sebagai teras kelangsungan Kerajaan Perikatan Nasional dalam membela kebajikan rakyat dan terutama buat masa ini bagi menangani wabak Covid-19, kepimpinan tertinggi Bersatu dan Pas telah bersetuju dengan ketetapan asas,” kata mereka sambil menyenaraikan empat keputusan yang dicapai.

Dalam mengukuhkan kerjasama, Bersatu dan Pas selaku antara parti pengasas utama Perikatan Nasional akan menubuhkan suatu Jawatankuasa Permesyuaratan di peringkat Pusat bagi merangka strategi dan halatuju parti khusus bagi menghadapi PRU15, termasuk rundingan pengagihan kerusi.

Segala keputusan yang dicapai akan dibawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi Perikatan Nasional untuk dimuktamadkan secara kolektif di kalangan semua parti komponen.

Bersatu dan Pas juga bertegas menolak sebarang bentuk ‘penjajaran baharu’ untuk menubuhkan kerajaan pasca-PRU15, terutama yang melibatkan Pakatan Harapan dan sekutunya.

Kedua-dua parti juga sentiasa komited memperkukuhkan penyatuan ummah dan perpaduan seluruh masyarakat majmuk, bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mendokong konsep tersebut, sekaligus menolak sebarang usaha untuk merungkaikan perpaduan yang telah sedia terjalin dan sebarang percubaan menggugat kerajaan Perikatan Nasional yang dibina secara bersama.

“Bersatu dan Pas menyeru semua pertubuhan dan persatuan Melayu, Islam dan Bumiputra terutamanya dan rakyat Malaysia yang cintakan negara agar bersatu hati untuk bersama-sama berjuang dalam saf yang sama demi masa depan Malaysia yang lebih gemilang,” kata mereka. – MalaysiaGazette





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: