Header Ads

ads header

Flash News

Naib Presiden MIC pula kritik UMNO


PETALING JAYA:
Naib Presiden MIC Sivarraajh Chandran mendakwa Umno kini mahu mengambil kerusi tradisi rakan-rakan komponen Barisan Nasional (BN) selepas perbincangan kerusi dengan PAS dan PPBM tidak menepati kemahuan parti Melayu itu.

Beliau mengulas laporan memetik Ketua Puteri Umno Sungai Siput Norazura Abdul Karim yang berkata, sudah sampai masanya MIC beri laluan kepada Umno untuk bertanding di Parlimen Sungai Siput, susulan kegagalan parti India itu merampas kerusi itu selepas tiga pilihan raya umum.

Sivarraajh mengingatkan kepimpinan tertinggi Umno jangan menyombong dengan MIC dan MCA yang setia bersama Umno sejak penubuhan BN dan tidak lari apabila parti itu susah.

“Bukan main lagi puji rakan-rakan komponen di Persidangan Agung Umno atas kesetiaan dan sebagainya tapi tak sampai dua hari kemudian, kamu hendak ‘tikam’ rakan komponen sebegini?” kata beliau dalam kenyataan.

Sivarraajh berkata, Umno tidak patut mengetepikan mereka apabila keadaan tidak menepati kemahuannya.

“Pada asalnya, kamu yang mahu berkerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional dan PPBM melalui Perikatan Nasional. Kemudian apabila kerjasama itu tidak menepati kemahuan kamu, kamu bergaduh pula dengan mereka tanpa berbincang dengan kami.

“Bila perbincangan kerusi dengan mereka tidak menepati kemahuan kamu, kini kamu mahu ambil kerusi-kerusi tradisi rakan komponen pula,” kata beliau.

Sivarraajh menepis kalau ada dakwaan yang mengatakan mereka tidak bertolak-ansur dengan Umno, sambil mengingatkan bahawa MIC “meminjamkan” kerusi Parlimen Cameron Highlands kepada Umno untuk menyelamatkan kerajaan BN di Pahang.

“Umno harus menghargai pengorbanan kami, walaupun semasa pembentukan Jemaah Menteri bawah PN tahun lalu, presiden Umno tidak membawa nama MIC untuk timbalan menteri dan senator, dan hanya mencadangkan pemimpin Umno untuk dilantik sebagai ahli Jemaah Menteri dan senator,” kata beliau.

Sivarraajh menggesa Umno supaya tidak menganggap semua perkara perlu dan akan berlaku berdasarkan kemahuan parti itu semata-mata.

“Jika Umno merasakan Umno terlalu kuat dan tidak memerlukan sokongan rakan-rakan komponen, baik Umno bertanding PRU15 (pilihan raya umum ke-15) nanti pakai lambang Umno sahaja. Tak perlu lagi bertanding sebagai BN,” kata beliau.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. umNO sama seperti BESI YANG BERKARAT....JIKA DIBERSIHKAN DENGAN MINYAK SEKALIPIN..BARAH TITIK2 HITAM DAN NODA MASIH KEKAL...itulah perumpamaan bagi mereka.BILA ada pihak hulurkan perpaduan perdamaian berpegang teguh TALI ALLAH...mereka mengekalkan kesombongan dan ego mereka demi kuasa wpun terpalit dengam MAKSIAT RASUAH SALAHGUNA KUASA CANTAS MENCANTAS FITNAH DAN SEBAGAINYA..sementelahan jadi ANJING TERSEPIT DAN KACANG LUPAKAN KULIT...sanggup MINUM YANG KERUH KOTOR MEMBUSUK DARIPADA JERNIH BERSIH

    BalasPadam
  2. Lantaklah besi berkarat ka, besi berkerut ka, tiba masanya UMNO bdrjuang bersendirian. Tak kira mng atau kalah. Yg tak puad hati boleh belahhhhh

    BalasPadam
  3. Awanama 6:07ptg
    Ko bodoh ke
    Balaci mate sepet
    Bodohhhh
    Patot ko pkai la nme cina babiii
    Dasar bodoh lapan keturunan

    BalasPadam