Header Ads

ads header

Flash News

Nazri kritik Zahid 'kurang sifat kepimpinan', label menteri UMNO 'pengecut'


KUALA LUMPUR:
UMNO kini dilihat umpama 'harimau kertas' selepas 'mengaum' di Perhimpunan Agung UMNO 2020 baru-baru ini, kata Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menurut Nazri, hal itu berlaku ekoran kelemahan kepimpinan presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam memastikan semua menteri dan timbalan menteri meletak jawatan dalam Kabinet.

Nazri menegaskan keengganan semua Ahli Parlimen UMNO melepaskan jawatan dalam Kabinet, memperlihatkan Zahid sebagai seorang yang "kurang sifat kepimpinan" dalam menerajui parti.

"Jika beliau ada sifat kepimpinan, Ahli-ahli Parlimen UMNO yang berada dalam Kabinet tidak perlu menunggu lama untuk meletak jawatan, selesai sahaja perhimpunan agung boleh terus letak jawatan.

"Tetapi perkara itu tidak berlaku dan ini menunjukkan presiden tidak ada kepemimpinan untuk mengarahkan mereka berbuat demikian.

“Adakah Zahid bimbang menteri-menteri dari UMNO tidak mahu ikut arahan beliau?” katanya kepada Astro AWANI.

Nazri bagaimananpun tetap melabelkan menteri-menteri dari UMNO yang enggan meletak jawatan sebagai 'pengecut'.

Malah beliau juga mendakwa mereka cuba mendapatkan talian hayat daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk kekal dalam Jemaah Menteri sedangkan dalam keadaan darurat, Kabinet tidak diperlukan untuk mentadbir negara.

Awal hari ini, Muhyiddin mengumumkan bahawa semua menteri UMNO akan kekal dalam Jemaah Menteri setelah dia menasihati mereka untuk berbuat demikian demi kepentingan rakyat dan negara.

Mengulas lanjut mengenai kepimpinan Zahid, Nazri menegaskan, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu perlu memahami prinsip akauntabiliti moral dan “lakukan perkara yang betul”.

“Beliau mungkin dipilih melalui demokrasi, tetapi ada juga akauntabiliti moral. Sekiranya kamu didakwa di mahkamah, kamu mesti melakukan apa yang terbaik bagi parti,” katanya lagi.

Mengulas cadangan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin agar UMNO mengadakan pemilihan parti tahun ini bagi menyelesaikan kemelut dalaman parti itu, Nazri menjelaskan, beliau bersetuju pemilihan diadakan mengikut kalendar parti.

"Maksudnya pemilihan yang sebelum ini perlu cukup tiga tahun, kita kena hormat peraturan yang telah ditetapkan.

"Sekiranya pemilihan mahu dipercepatkan saya tidak setuju tetapi kalau dibuat pada November nanti, iaitu selepas genap tiga tahun, saya setuju," katanya.

Astro AWANI
sebelum ini melaporkan UMNO dijangka menangguhkan pemilihan parti yang dijadualkan akan diadakan tahun ini.

Laporan yang memetik sumber itu memaklumkan penangguhan itu dicadangkan sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum yang dijangka diadakan selepas tamat tempoh darurat pada 1 Ogos nanti.

Sumber itu menjelaskan, usul penangguhan Pemilihan UMNO 2021 telah dikemukakan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 19 Februari lalu di Janda Baik, Pahang.
Menurut Perlembagaan UMNO, MKT mempunyai kuasa menangguhkan pemilihan sehingga 18 bulan dari tarikh sepatutnya diadakan pemilihan baharu.

Sebelum ini beberapa pemimpin UMNO termasuk Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung UMNO menegaskan pemilihan akan diadakan pada tahun ini.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. nazri spt neludah kelangit....bersepai jatuh kamukanya sendiri...

    BalasPadam