Header Ads

ads header

Flash News

Parti LDP sah sertai PN


KOTA KINABALU:
Bekas parti komponen Barisan Nasional Sabah, Parti Liberal Demokratik (LDP) memutuskan untuk menyertai Perikatan Nasional (PN).

Majlis Tertinggi LDP hari ini meluluskan usul itu dalam mesyuarat dipengerusikan Presidennya, Chin Su Phin, yang turut diadakan menerusi sidang video.

Chin berkata, partinya kagum dengan kepimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin yang juga pengerusi PN, terutama dalam usahanya memerangi Covid-19, termasuk memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi di saat negara menghadapi pandemik itu.

“Ia satu kenyataan bahawa hanya sebuah parti politik arus perdana yang dapat menyelesaikan masalah rakyat, terutama ketika pandemik Covid-19 melanda negara,” katanya dalam kenyataan.

PN kini dianggotai PPBM, PAS, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Gerakan.

Dalam perkembangan lain, Chin mengakui beberapa ahli LDP meninggalkan parti itu baru-baru ini, namun beliau yakin lebih ramai golongan muda akan menyertai partinya.

Katanya, LDP kini menfokuskan persidangan dan pemilihan bahagian yang akan bermula Mei hingga Ogos ini, manakala mesyuarat agung tahunan dan pemilihan parti dijangka diadakan hujung tahun ini.

“Terdapat 28 bahagian dalam LDP dan kami akan memberi peluang kepada ahli muda untuk memimpin pada pilihan raya akan datang.

“Saya juga menjangkakan sebahagian besar daripada bahagian akan dipimpin golongan muda.”

Terdahulu, beliau mengumumkan Setiausaha Agung LDP, Yong Wui Chung dilantik mengetuai jawatankuasa pemilihan yang akan memantau persidangan dan pemilihan bahagian parti itu.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan