Header Ads

ads header

Flash News

PAS hilang semua kerusi jika bertanding di bawah PN, kata ketua Umno Johor


KUALA LUMPUR
: Ketua Umno Johor Hasni Mohammad berkata beliau sudah memberi amaran kepada PAS bahawa parti itu akan kalah di semua kerusi yang dirancang untuk ditandingi di Johor sekiranya mereka tetap mahu kekal di bawah panji Perikatan Nasional (BN).

Hasni yang juga menteri besar Johor berkata, Presiden PAS Abdul Abdul Hadi Awang dan timbalannya Tuan Ibrahim Tuan Man melawatnya dan beliau membangkitkan khabar angin bahawa PN merancang untuk memberikan PAS 15 kerusi DUN.

“Saya beritahu kedua-duanya secara terang saya kata, YB kan kalah semua kerusi, PAS akan kalah semua kerusi seperti tahun sebelumnya. Yang lepas pun ketika Umno dan BN kecundang, PAS hanya menang satu kerusi, BN menang 19 kerusi.

“Saya juga beri jaminan kepada presiden PAS dan timbalan kalau dia bersama dengan kita walau tak banyak kerusi saya yakin PAS boleh menang di Johor,” katanya ketika perbahasan pada perhimpunan agung Umno hari ini.

Hasni turut menggesa pimpinan tertinggi Umno untuk memberikan autonomi kepada Johor menentukan sendiri strategi pada pilihan raya umum akan datang dan meminta supaya kuota kerusi yang ditetapkan oleh Barisan Nasional dihapuskan.

Katanya, autonomi itu penting untuk Umno Johor kerana pengerusi PPBM Johor sendiri adalah Presiden PPBM Muhyiddin Yassin dan beliau akan melakukan apa yang mampu dilakukannya dalam memastikan parti itu dapat merampas Johor.

“Walaupun kita ada parti komponen. Jangan amalkan kuota. Jika benar kita benar-benar parti dominan perancangan kita dan strategi perlulah berpandukan data dan sains. Rujuk kepada data yang tidak boleh ditolak dinafikan oleh parti komponen BN yang lain.

Melalui kajian yang dilakukan Umno Johor, Hasni mendakwa bahawa sokongan terhadap PN di negeri itu adalah lemah berbanding Umno selain mendakwa kedudukan Muhyiddin sendiri juga lemah walaupun di kawasan sendiri di Pagoh.

“Sekiranya jeneral mereka boleh diganggu oleh Umno Pagoh, akan mudah bagi kita untuk mengambil alih negeri dan juga negara.”

MR : UMNO Johor memang kuat, kuat poerasaan, kuat nafsu dan tak sedar diri



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. lawak lah ko ni,,,,kalau umno masih menang djohor itu satu keajaiban buskuuuuu hahahahaha

    BalasPadam
  2. UMNO sombong Dan bongkak. Sebenarnya UMNO johor gentar tapi tetap ego. PAS kalau kalau itu sudah biasa tapi PAS tetap istiqomah.

    BalasPadam
  3. Sikap bongkak umno masih menebal.. mementingkan diri lebih drp kepentingan agama, bangsa dan negara..cakap berdolak dalik memang budaya umno..sepatutnya rancang strategi bagaimana nak memperkasa bangsa utk memerintah negara..bukan tikam menikam bangsa sendiri

    BalasPadam