Header Ads

ads header

Flash News

PAS komited pertahan penyatuan ummah, kata Tuan Ibrahim


KUALA LUMPUR:
PAS akan terus komited mempertahankan penyatuan ummah dan umat Islam di negara ini, kata Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata, ini dibuktikan dengan kehadiran PAS pada Perhimpunan Agung Umno 2020 sebagai usaha berterusan memperkukuhkan penyatuan ummah menerusi Muafakat Nasional (MN), sebagaimana disepakati sebelum ini.

“Ia demi keinginan melihat kesatuan Islam dalam negara,” katanya kepada Bernama selepas mendengar ucapan dasar Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi di perhimpunan itu.

Hadir sama Presiden PAS, Abdul Hadi Awang serta pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).

Pagi tadi, Zahid dalam ucapan dasarnya berkata, Umno sebagai rakan kongsi politik akan terus jujur untuk menterjemah piagam dan perjanjian persefahaman yang dimeterai Umno dan PAS pada September 2019.

Katanya, permuafakatan itu terbukti mendapat sokongan padu seperti yang dilihat dalam tujuh pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14), dan diyakini akan membuka ruang kepada BN untuk kembali menerajui negara.

Sementara itu, Presiden MIC, S A Vigneswaran berkata, PAS perlu membuat keputusan mengenai kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN).

“Umno tidak mahu bekerjasama dengan PN, justeru PAS perlu buat keputusan terlebih dahulu. Entah-entah mereka (PAS) tidak mahu bekerja dengan Umno,” katanya.

Mengenai BN bertanding secara solo pada PRU15, Vigneswaran menyifatkan ia keputusan tepat.

“Buat masa sekarang ini adalah hasrat Umno, kita akan bertanding atas tiket BN, yang dikatakan nak bekerjasama dengan sesiapa selepas pilhan raya itu, kita kena bincang.”

Sementara itu, Presiden MCA, Wee Ka Siong berkata, untuk memenangi PRU15, BN perlu bekerja keras berdasarkan senario semasa politik negara.

“Cabaran yang bakal kita hadapi bukan sesuatu yang membolehkan kita berkata dengan yakin ‘kami boleh lakukannya’, kita perlu bekerja keras, selain mendapatkan sokongan semua bangsa kerana inilah yang perlu kita lakukan.”

Mengulas pendirian Umno untuk memutuskan kerjasama dengan PPBM, Wee berkata, perkara itu terpulang kepada Umno.

“Ini perhimpunan agung mereka dan mereka boleh bincang tentang apa sahaja. Jadi, biarlah mereka buat keputusan.”





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. MCA Dan MIC dok diam2. Sokongan you all dah Tak ada semuanya dah berpindah ke DAP Dan PKR. So you Tak payah campur urusan MN. You cuma tunggu ihsan UMNO je itu pun kalau UMNO masih pandang you all lagi.

    BalasPadam
  2. Pas committed here, Pas committed there, here committed, there committed, everywhere committed, old mcpas had a party, eeya, eeya oo

    BalasPadam