Header Ads

ads header

Flash News

PAS tak campur, Umno boleh kerjasama dengan mana-mana parti - Pendirian PAS


PAS tidak mencampuri urusan Umno sekiranya rakan sekutunya itu ingin menjalinkan kerjasama dengan PKR.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, berkata dalam negara demokrasi kerjasama itu sentiasa terbuka, namun PAS tetap berpendirian tidak akan menjalinkan kerjasama dengan PKR.

"Itu terpulang pada dia (Umno), bukan parti saya. Itu terpulang pada dia, negara demokrasi boleh saja kerjasama.

"Jangan dengan parti komunis sudahlah, dengan parti berdaftar dia boleh (kerjasama) dengan siapa pun.

"Kita sudah kerjasama (dengan PKR) dah dulu, sekarang ini kita kerjasama dengan Umno dan Bersatu," katanya kepada media ketika ditemui di Rusila, Terengganu, hari ini.

Pada 16 Mac, Presiden PKR, Anwar Ibrahim dilaporkan tidak menolak kemungkinan PKR menjalinkan kerjasama dengan Umno.

Bagaimanapun katanya, perbincangan mengenainya masih belum dilakukan secara rasmi.

Anwar berkata, kerjasama itu disokong oleh beberapa pemimpin dan ahli Parlimen daripada Umno.

Bagaimanapun Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan menafikan parti itu ada perbincangan dengan PKR bagi menjalinkan kerjasama politik.

Dalam pada itu Abdul Hadi juga ditanya pendirian parti berkenaan sekiranya PKR ingin kembali bekerjasama dengan PAS.

Abdul Hadi berkata ia tidak mungkin berlaku kerana PAS berpegang pada prinsip untuk menyelamatkan negara dan bukannya individu.

"Tak ada (kerjasama)...Kita bukan nak selamatkan orang, (atau) nak selamatkan parti, tapi nak selamatkan negara.

"Kerjasama untuk selamatkan individu kumpulan tak ada. PKR, DAP Kita sudah ada pengalaman (kerjasama) 20 tahun lebih, cukuplah," katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. PAS tak pernah pun keluar Pakatan Rakyat.Yang keluarkan PAS ialah Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim sendiri.
    Yang buat pengumuman bahawa PAS sudah terkeluar daripada Pakatan Rakyat ialah Lim Guan Eng. Padahal PAS tak kata apa apa pun.

    Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim adalah diktator.

    BalasPadam