Header Ads

ads header

Flash News

PAU 2020: Adakah PAS sudah ada pilihan?


KUALA LUMPUR:
Ketua Penerangan PAS Pusat, Kamaruzaman Mohamad berkata, ramai yang tanya komen beliau berkenaan dengan Perhimpunan Agung Umno 2020 (PAU 2020) yang berakhir semalam.

Di samping itu, katanya ada juga yang minta pandangannya berhubung kenyataan-kenyataan pimpinan dan perwakilan Umno terhadap PAS pada PAS 2020 itu.

“Ramai yang tanya komen saya berkenaan Perhimpunan Agung Umno 2020 (PAU 2020) yang berakhir semalam.

“Adakah PAS sudah ada pilihan? Bagaimana pula kenyataan-kenyataan pimpinan dan perwakilan Umno terhadap PAS?

“Saya jawab, PAS dah lama membuat pilihan,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau menegaskan, PAS konsisten dalam usaha menyatupadukan ummah.

“Sepak terajang dalam politik telah lama dilalui jemaah ini,” katanya lagi.

Detik ini, ujarnya agenda orang-orang Islam Melayu dan kerjasama bersama non-Muslim yang tidak menentang Islam menjadi keutamaan.

Tambahnya, agenda besar dan penting itu memerlukan kejujuran, kerjasama, tolak ansur dan saling menghormati antara semua pihak yang terlibat terutama PAS, Umno dan Bersatu.

Beliau berkata, biar apapun halangan, yang pasti agenda PAS sangat jelas.

Menurutnya lagi, memperkukuh Muafakat Nasional dan mempertahankan Perikatan Nasional untuk tujuan yang sangat besar dan murni.

“Seruan saya kepada semua, bersatulah. Rapatkan saf ukhuwah kita. Cukuplah pengalaman pada Pilihan Raya Umum ke-14 menjadi pengajaran yang menyedarkan kita.

“Carilah titik persamaan yang boleh menyatukan kita semua. Saya ulang sekali lagi, rapatkan saf perjuangan kita,” katanya lagi. – HARAKAHDAILY 29/3/2021





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan