Header Ads

ads header

Flash News

Penyokong Pas beri skor tinggi untuk kerajaan PN


SHAH ALAM -
Rata-rata kebanyakan penyokong Pas tetap meletakkan kepercayaan kepada kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila mahu Perdana Menteri kelapan itu kekal mentadbir negara sehingga habis penggal Parlimen.

Menerusi kaji selidik Institut Darul Ehsan (IDE) mengenai sikap penyokong UMNO dan Pas terhadap kepimpinan Muhyiddin dan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) mendapati 74 peratus penyokong Pas mahu Muhyiddin terus berada di Putrajaya.

Malah, para penyokong Pas turut berpuas hati dan memberi skor penilaian cemerlang 8 per 10 apabila diminta menilai pencapaian Kabinet kerajaan PN.

Kaji selidik tersebut juga mendapati 86 peratus penyokong Pas bersetuju kepimpinan Muhyiddin berjaya mengawal penularan Covid-19 dengan berkesan.

Kaji selidik tersebut melibatkan 8,352 individu yang dijalankan antara 19 Februari hingga 28 Februari lalu.

IDE berkata, persampelan yang digunakan dalam kajian itu adalah persampelan berperingkat (multi-stage sampling).


"Profil responden adalah merangkumi jantina, umur, kaum, sokongan kepada parti dan trend keputusan PRU14," katanya ketika mendedahkan hasil kaji selidik mereka dalam laporan Siaran Media Siri Ke-3 Mood Rakyat.

Dalam pada itu, kaji selidik berkenaan mendapati penyokong UMNO memberi jawapan yang berbeza berbanding penyokong Pas.

Ini kerana, sebanyak 72 peratus penyokong UMNO memilih untuk membubarkan Parlimen dan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Malah, skor penilaian pencapaian terhadap barisan Menteri Kabinet Muhyiddin agak rendah iaitu hanya 3 per 10.

Mengikut skor terbabit skor 1 ialah penilaian paling rendah manakala 10 paling tinggi.

Sementara itu, 69 peratus penyokong Pas berpendirian kepimpinan Muhyiddin tidak berjaya mengawal penularan Covid-19 dengan berkesan.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. UMNO kn abang besar.Mana nak akui orang lebih baik.Sombong dan angkuh tak habih lagi.Pemakan rasuah gitula

    BalasPadam