Header Ads

ads header

Flash News

Penyokong Razaleigh dalang memo palsu, kata penulis blog


PETALING JAYA:
Penyokong veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah didakwa mendalangi penyebaran memo palsu mengenai rancangan PPBM sebagai sebahagian daripada kempen “terakhir” beliau untuk menggantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Penulis blog politik Raja Petra Kamarudin berkata, memo palsu itu adalah sebahagian daripada kempen oleh penyokong Razaleigh (yang dikenali sebagai Ku Li), atau “Team Ku Li”, yang bertujuan melemahkan Muhyiddin, presiden PPBM yang mengetuai gabungan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Dalam catatan blog semalam, Raja Petra berkata, “Team Ku Li” melancarkan kempen mereka dengan menyebarkan memo yang kononnya sulit mengenai mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PPBM.

Setiausaha Agung PPBM Hamzah Zainudin bagaimanapun berkata, memo itu palsu dan laporan polis akan dibuat untuk mengesan dalang di sebaliknya.

Raja Petra berkata, akan ada “lebih banyak berita palsu, perang psikologi dan operasi rahsia dalam masa beberapa minggu lagi.

“’Team Ku Li’ masih ada beberapa muslihat dalam poket mereka. Kejayaan mereka bergantung kepada kekacauan dan kemelut dalam Perikatan Nasional”.

Hubungan antara Umno dan PPBM runcing setelah beberapa bulan berselisih faham, dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kepada Muhyiddin bahawa parti itu hanya akan menyokong kerajaan PN sehingga pilihan raya umum akan datang.

Raja Petra menamakan bekas anggota Umno Tamrin Abdul Ghafar sebagai ketua ‘Team Ku Li’, dan berkata, Tamrin telah berkempen sejak 35 tahun lalu untuk menjadikan Razaleigh perdana menteri.

Beliau berkata, Tamrin mahu Muhyiddin digulingkan dan digantikan dengan Razaleigh.

“Ku Li begitu banyak kali mencuba untuk menjadi perdana menteri sejak 35-40 tahun lalu.

“Ku Li melawan Musa Hitam. Beliau melawan Dr Mahathir (Mohamad). Beliau melawan Abdullah (Ahmad) Badawi. Beliau melawan Najib Razak. Kini, beliau melawan Muhyiddin,” kata Raja Petra.

“Beliau gagal pada 1987, 1990, 1995, 1998, 2006, dan 2015. Ini adalah peluang terakhir Ku Li. Jika beliau tidak dapat menggulingkan Muhyiddin sekarang dan mengambil alih jawatan perdana menteri, ia tidak mungkin lagi akan berlaku.”

Kata Raja Petra, penyokong Razaleigh “bekerja lebih masa untuk mencetuskan perselisihan antara Umno dan PPBM” dan sekiranya Umno dan PPBM tidak dapat berdamai sebelum pilihan raya umum, “maka mereka akan memerlukan ‘orang luar’ yang boleh diterima oleh kedua-dua puak yang berlaga.

“’Orang luar’ ini adalah Ku Li, paling tidak, itulah harapan beliau”.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. KALAU DAH KULI TU TETAP kuli,SEKOR LAGI MAKHLUK GILA KUASA SAMA SPT ANUAR

    BalasPadam
  2. Kalau ada orang sebut kata orang putih sebut orang Melayu ni spesis duduk atas pokok macam nak percaya pun ada. Zaman orang dah nak pindah ke plenet lain, Melayu tak habih2 dok gila nak jadi ketua. Jual tanah rizab, jual visa kepada pekerja asing, jual kilang kereta, segala2nya Melayu juai. Janji dapat jadi ketua. Bomoh Siam pun hairan, yang ramai jumpa dia adalah orang Melayu. Ada negeri tu Melayu-Melayu jual tanah sendiri, merempat di tanah wakaf, buat persatuan untuk pertahankan dari Majlis agama nak bangunkan.

    BalasPadam