Header Ads

ads header

Flash News

Perlu “berdepan semula” jika PAS tolak BN, kata Tok Mat


KUALA LUMPUR:
Umno berkata sekarang PAS yang akan tentukan sama ada mahu bekerjasama dengan Barisan Nasional atau tidak pada PRU15.

Timbalan Presiden Mohamad Hassan bagaimanapun mengingatkan PAS akan mendapat lebih banyak faedah dan manfaat sekiranya ia bekerjasama dengan Umno.

“Itu cuba saya tekankan. Jika PAS bersama kita maka di kawasan-kawasan Melayu akan lebih selamat.

“Tetapi kalau bukan BN kita perlu berdepan semula. Tetapi belum tentu lagi apa keputusannya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan persidangan sayap Umno sempena Perhimpunan Agung Umno 2020 (PAU 2020) di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Mohamad ditanya pemberita adakah beliau khuatir PAS pilih Perikatan Nasional dan tidak bekerjasama dengan BN.

Mohamad berkata Umno sudah tentu mahu melihat kerjasama dengan PAS, yang secara rasmi terjalin menerusi Muafakat Nasional ketika PPBM sebahagian daripada pentadbiran Pakatan Harapan.

Sementara itu, timbalan presiden Umno ini menyambut usaha PAS mahu mendamaikan partinya dan PPBM dengan berkata “cubalah damaikan”.

“Kita nak tengok apa formulanya,” katanya.

PAU 2020 menjadi tumpuan kerana Umno dikatakan akan menentukan nasib kerjasamanya dengan PPBM. Pada kedudukan sekarang, Umno akan menyokong pentadbiran pimpinan Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin, sehingga Parlimen dibubarkan untuk PRU15.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan: