Header Ads

ads header

Flash News

Presiden MIC: Tangguh Undi18 munasabah




Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan pelaksanaan undi pada usia 18 tahun (Undi 18) dan pendaftaran automatik adalah munasabah, kata Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran.

“Sebenarnya banyak perkara yang kita harus fikirkan (sebelum pelaksanaan Undi 18), janganlah kita mahu meraih sokongan golongan muda sahaja, kalau kita hendak bagi mereka peluang untuk mengundi adalah sesuatu yang baik tetapi perlu memikirkan pro dan kontra apabila ia dilaksanakan sepenuhnya.

“Adalah lebih baik kita perjuangkan isu pendidikan yang berada dalam keadaan tidak menentu ketika ini apabila kita berdepan dengan pandemik Covid-19,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program '1 Force Crime' anjuran Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (Mitra) di Sungai Siput, hari ini.

Vigneswaran berkata apa yang penting sebarang keputusan yang dibuat kelak mestilah menguntungkan semua pihak termasuk parti politik dan tidak dilaksanakan dalam keadaan tergesa-gesa.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh dilaporkan berkata pendaftaran pemilih automatik dan kelayakan mengundi pada usia 18 tahun, dijangka hanya mampu dilaksanakan selepas 1 Sept tahun hadapan.

Beliau berkata pihaknya harus bersikap realistik dengan perkembangan dan situasi semasa negara ketika ini, yang secara umumnya masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19.

Abdul Ghani berkata secara tidak langsung situasi sedemikian menjejaskan perancangan dan persiapan SPR menjayakan pendaftaran pemilih automatik serta undi 18, yang sebelum ini sepatutnya dijangka dilaksanakan Julai depan.

- Bernama



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.



Tiada ulasan