Header Ads

ads header

Flash News

PRU15: PH boleh ‘rampas kuasa’ jika PN-MN berpecah


BANGI, 2 Syaaban 1442H, Selasa
– Tidak mustahil gabungan Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN) memenangi kerusi majoriti, sekiranya kerjasama antara UMNO, PAS dan Bersatu diteruskan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ini kerana, gabungan tiga parti Melayu itu dilihat paling ideal dan kukuh untuk memenangi majoriti kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), kata penganalisis politik, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod.

Bagaimanapun, beliau menjangkakan idealisme itu mungkin gagal dicapai setelah melihat kepada konteks percaturan politik yang berlaku, terutama rasa tidak puas hati UMNO terhadap Bersatu dan beberapa kenyataan pemimpin parti terbabit.

“Kesannya ialah peluang lebih luas untuk pembangkang khususnya gabungan Pakatan Harapan (PH) untuk merampas kerusi yang banyak dan kemungkinan juga menafikan majoriti PN dan MN pada PRU15.

“Dalam suasana kaum Cina yang masih memberi banyak sokongan kepada DAP, kesukaran MN dan PN memenangi kerusi bandar semakin jelas,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Walaupun kaum India mula menunjukkan sokongan kepada PN, beliau bagaimanapun merasakan suasana PRU15 nanti mungkin berbeza, apatah lagi percaturan di Sabah dan Sarawak akan berlainan daripada Semenanjung.

Bahkan, Dr Nik Ahmad Kamal menjangkakan berlaku dua kemungkinan sekiranya PH kembali memerintah negara.

“Suasana PRU14 mungkin berulang dengan dasar yang mereka pernah jalankan selama 22 bulan meneraju kerajaan. Mereka akan kuasai jawatan penting dan mungkin berulang seperti zaman PH dulu.

“Namun, kita tidak boleh menafikan jika PH kembali berkuasa, mereka telah belajar daripada kesilapan selama 22 bulan sebagai kerajaan, dan tentu berusaha untuk tidak ulangi kesilapan lalu,” katanya.

Bagaimanapun, beliau percaya orang Melayu juga telah mengambil pelajaran atas kesilapan dahulu kerana mengundi PH menjadi kerajaan.

“Maka, mungkin ramai akan tidak memberi undi kepada calon PH,” katanya. -= ISMAWEB





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. PN ,MN,BN berantakan jgn nak salahkan PH ye...itulah gambaran kerajaan Melayu Islam paksu yg dicipta kerana nafsu pemimpin...

    BalasPadam