Header Ads

ads header

Flash News

Satu lagi kes, Perwakilan 'kencing' semasa berucap dalam PAU 2020


Adun Seberang Jaya mempertahankan kenyataan menteri hal ehwal ekonomi, Azmin Ali bahawa Malaysia kini bersikap selektif dalam menerima pelaburan langsung asing (FDI).

Dr Afif Bahardin dalam satu kenyataan hari ini membidas bekas menteri kewangan kedua, Johari Abdul Ghani yang mengkritik kenyataan Azmin semalam.

Katanya, Johari memetik angka dan statistik yang tidak menyeluruh dan ‘selektif’ dengan niat memperkecilkan usaha dan langkah-langkah yang dilaksanakan kerajaan Perikatan Nasional.

"Apakah beliau mahu negara kita menjadi ‘dumping ground’ akibat menerima segala bentuk projek pelaburan asing yang tidak berkualiti dan bermanfaat kepada agenda pembangunan ekonomi negara?

"Adakah kita mahu berterusan bergantung kepada kemahiran tenaga buruh asing untuk mempelopori dalam projek-projek pelaburan yang tidak berimpak tinggi seperti mana yang berlaku di bawah pentadbiran Barisan Nasional terdahulu.

"Saya menasihatkan kepada beliau untuk tidak meneruskan amalan dan tabiat beliau dari dulu yang terus mahu berbohong dan mengelirukan rakyat dengan berkongsi fakta-fakta separa benar dan menidakkan segala usaha dan ikhtiar kerajaan bagi mencerdaskan semula prestasi pelaburan dan ekosistem ekonomi negara dalam mendepani cabaran ekonomi global dan krisis pandemik COVID-19," katanya dalam kenyataan.

Kata Afif dakwaan Johari bahawa negara tidak mempunyai “competitive advantage” dengan negara-negara serantau juga bersandarkan fakta yang tidak jelas.

"DHL Global Competitiveness Index (GCI) 2020 telah meletakkan Malaysia di tangga kedua di antara negara-negara Asia Pasifik dan keenam belas (16) dari 169 negara untuk hubungan perdagangan.

"Kajian bersama oleh KPMG dan The Manufacturing Institute di AS yang bertajuk ‘Cost of Manufacturing Operations around the Globe’ juga meletakkan Malaysia di tempat keempat di antara 17 ekonomi dalam penilaian yang membandingkan daya saing ekonomi sebagai pusat pengilangan; meletakkan Malaysia di hadapan negara- negara di Asia seperti China, Jepun, Vietnam dan India," katanya.

Pastikan projek berimpak tinggi

Afif berkata, aspirasi kerajaan kini adalah memastikan Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dalam tempoh lima tahun mendatang.

"Usaha ini menuntut kebijaksanaan pentadbiran negara pada hari ini untuk bersikap selektif dalam memastikan projek-projek pelaburan asing ke dalam Malaysia adalah berimpak dan bernilai tinggi dan merangkumi elemen berteknologi tinggi sejajar dengan transformasi digital dan revolusi perindustrian 4.0 (IR 4.0) yang pada akhirnya akan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan baharu yang berkualiti untuk ditawarkan kepada rakyat," katanya.

Semalam, Johari mengulas laporan Azmin menafikan negara kehilangan pelaburan asing daripada syarikat multinasional (MNC) kepada negara-negara jiran.

"Ada seorang menteri ini lagi dahsyat (kata pelaburan) jatuh sebab kita selektif. Kepala otak dia pelaburan ada (boleh) selektif," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden di Perhimpunan Agung Umno di PWTC, Kuala Lumpur.

Kata Johari lagi, kenyataan Azmin itu seolah-olah MNC ternama seperti Tesla, Amazon dan Apple ada membuat pelaburan di Malaysia.

"Apa yang saya tak boleh tahan, IBM kata nak tutup bulan Mei dan kilang Sony di Pulau Pinang pun tutup. 

"Tiada orang pergi jumpa dan bincang (dengan mereka)," katanya yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. johari itu berniat jahat pd kerajaan hari ini...hakikatnya sijohari itu tak tahu apa soal ekonomi.. ,hanya cakap yg berdegar, tak pernah menyumbangka apa2 pun utk ekonomi negara sepanjang dia jadi tembalan menteri kewangan dahulu...nothing...

    BalasPadam