Header Ads

ads header

Flash News

Sebaran intipati mesyuarat MPT Bersatu palsu


KUALA LUMPUR:
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini menyatakan maklumat yang didakwa intipati Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada Khamis, yang tular di aplikasi WhatsApp dan Facebook, adalah palsu.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan segala maklumat yang terkandung dalam sebaran itu tidak benar dan tidak mempunyai kaitan sama sekali terhadap mana-mana mesyuarat MPT Bersatu.

Susulan itu katanya, Bersatu akan membuat laporan polis terhadap penyebaran berita palsu itu bagi menjejaki dalang di sebalik penyebarannya.

“Bersatu tidak teragak-agak untuk menggunakan semua lunas perundangan yang ada bagi melindungi kepentingan parti serta ahli parti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baru-baru ini, sebaran maklumat yang didakwa berkaitan hasil Mesyuarat MPT Bersatu untuk edaran kepada ketua bahagian parti itu, tular di media sosial.

Pada 4 Mac, MPT Bersatu bermesyuarat di Putrajaya bagi membincangkan mengenai pendirian parti berikutan dua keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno yang memutuskan tiada kerjasama dengan Bersatu dalam PRU-15 dan kebersamaan dalam kerajaan PN boleh diteruskan sehingga pembubaran Parlimen. – BERNAMA





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan