Header Ads

ads header

Flash News

Selesai dengan cara tenang – Nik Abduh


BACHOK
: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, langkah yang sesuai bagi mengelakkan konflik antara Umno dan Bersatu daripada berterusan adalah dengan mengenepikan sebarang kata-kata berbentuk mencabar.

Kata Ahli Parlimen Bachok itu, , situasi berkenaan perlu diselesaikan oleh mereka dengan cara yang tenang.

“Apabila kita bercakap pasal penyatuan, kita hantar ke depan orang yang sejuk, orang yang tenang dan kalau kita raikan orang yang panas, ia tidak akan selesaikan penyatuan.

“Sebarang cakap-cakap yang berbentuk mencabar, kita ketepikan sebab yang akan buat keputusan adalah kepimpinan yang atas.

“Saya tengok hubungan Muafakat Nasional antara PAS dan Umno pada peringkat atas ‘cool’, yang bawah saja panas malah saya tidak fikir kita harus jawab apa-apa (isu) yang panas kepada yang di bawah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika kepada media ketika ditemui di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Bachok, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai hubungan PAS-Umno, beliau menyifatkan hubungan PAS dengan Umno dalam hubungan Muafakat Nasional (MN) tidak mempunyai sebarang masalah. – HARAKAHDAILY 28/3/2021





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan