Header Ads

ads header

Flash News

Siti Noor Madzariah penerima bantuan baitulmal, hanya DAP manipulasi isu


KUALA LUMPUR –
Siti Noor Madzariah yang menerima bantuan daripada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok baru-baru ini merupakan penerima bantuan zakat Baitulmal MAIWP sejak tahun 2016.

Beliau menerima Bantuan Kewangan Bulanan sebanyak RM300 sehingga kini selain Bantuan Kecemasan berjumlah RM500 sebanyak dua kali.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam kenyataan medianya berkata, pihaknya prihatin dengan situasi sukar yang dihadapi oleh ibu tunggal itu akan menyalurkan Bantuan Sewa Rumah Bulanan selain menaikkan kadar Bantuan Kewangan Bulanan yang sedang diterimanya.

Kisah bekas kru syarikat penerbangan ini mendapat perhatian apabila Siti Noor Madzariah, bekas pramugari Malaysia Airlines (MAS) terpaksa datang ke Pusat Khidmat Ahli Parlimen Seputeh untuk mendapatkan bantuan selepas kelima-lima anak-anaknya di terpaksa berlapar tiada makanan.

Malah, beliau juga tidak mampu untuk membayar sewa rumahnya yang terletak di Sri Manja, Jalan Klang Lama dan ansuran bulanan untuk motosikalnya.

Selepas Teresa Kok memberikan wang tunai RM300 dan makanan untuk beliau dan keluarga, Siti Noor Madzariah yang sebak sehingga sanggup memegang kaki ahli Parlimen itu kerana terlalu gembira. – MalaysiaGazette





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan