Header Ads

ads header

Flash News

Suspek hasut murtadkan wanita, hina agama ditahan polis


KUALA LUMPUR, 10 Mac ―
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seorang suspek lelaki tempatan yang disyaki terlibat berhubung kes menghina agama Islam, dan menghasut memurtadkan wanita beragama Islam kepada agama Hindu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Huzir Mohamed berkata, suspek ditahan pada 12.05 tengah hari ini tadi, selepas beliau menyerah diri di Bukit Aman.

Beliau berkata suspek berusia 29 tahun itu ditahan sepasukan polis daripada Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.

“Turut dirampas adalah sebuah telefon bimbit berjenama Oppo A5S serta kad sim milik suspek.

“PDRM juga mengesahkan bahawa telah menerima laporan polis dan sedang menjalankan siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 505 ( c ) serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam kenyataan semalam.

Huzir berkata permohonan reman suspek akan dibuat hari ini di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah bagi siasatan selanjutnya.

Beliau berkata, PDRM kini sedang mengenal pasti dan mengesan sama ada terdapat individu lain yang turut terlibat dalam kes berkenaan.

“PDRM turut menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform berkenaan sehingga boleh mendatangkan kegusaran serta mengganggu gugat keharmonian negara.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu, yang sengaja mengancam ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya.

Baru-baru ini, tular sebuah video berdurasi tiga minit 26 saat memaparkan seorang lelaki mengaku telah memurtadkan seorang wanita Islam, dipercayai isterinya.

Video itu mendapat ribuan tontonan daripada warganet. ― Bernama





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan