Header Ads

ads header

Flash News

Tak sertai PN bukan bermakna Umno ketepi agenda Melayu


Pendirian tegas Umno untuk tidak menyertai Perikatan Nasional (PN) bukan bermakna parti itu mengetepikan agenda perpaduan Melayu, kata Mohamed Khaled Nordin.

Naib presiden Umno itu bahkan menegaskan usaha penyatuan ummah di negara ini sebenarnya dirintis oleh parti itu.

Katanya, Umno mempunyai perhitungan politiknya tersendiri walaupun terlalu banyak gesaan untuk mereka memikirkan semula pendirian tidak mendukung PN pada pilihan raya umum akan datang.

"Umno tidak pernah mengabai kepentingan ummah barang seketika pun. Umno yang merintis jalan perpaduan Melayu memerdekakan negara.

"Umno yang menerima kembali Semangat 46 demi perpaduan Melayu dan Umno jugalah mengajak PAS untuk bersama menubuhkan Muafakat Nasional (MN)," katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Sebelum ini Majlis Tertinggi (MT) Umno membuat ketetapan memutuskan kerjasama dengan Bersatu pada PRU ke-15 nanti di sebalik sokongan sebahagian besar ahli parlimen mereka kepada parti itu ketika ini.

Buat masa ini Umno meneruskan menyokong mereka kepada kerajaan PN sehingga Parlimen dibubarkan. Pada masa sama Umno - bersama Pakatan Harapan (PH) - mendesak agar kerajaan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan sidang parlimen.

Agong sendiri berpendirian sidang itu boleh dijalankan walaupun ketika darurat masih berlangsung. Bagaimanapun setakat ini belum ada sebarang tanda PN bersedia mengadakan sidang tersebut.

Susulan keputusan memutuskan hubungan dengan Bersatu itu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menerima kecaman sebahagian daripada pemimpin dalam parti itu sendiri.

Antara pemimpin yang lantang mengkritik Ahmad Zahid ialah bekas setiausaha agung Umno, Annuar Musa.

Khaled berkata Umno bukan parti dengan ‘herd mentality’ (mentaliti kawanan), sebaliknya merupakan pertubuhan yang membawa pendirian bahawa kelangsungannya lebih utama berbanding PN.

"Nampaknya ramai orang lupa pendirian Umno ini berakar dari pendirian penyokong akar umbinya.

"Umno parti orang kebanyakan. Kami bukan parti yang terbentuk dengan percaturan golongan elit yang khianat pada mandat rakyat.

"Kerana mendengar hasrat akar umbilah Umno memutuskan sedemikian bahawa ia akan bertanding sebagai BN," katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan