Header Ads

ads header

Flash News

Tiada lagi suara perjuangan agama, bangsa di PWTC


BANGI, 14 Syaaban 1442H, Ahad
– “Kira kira 18 bulan lalu, Dewan Merdeka PWTC menjadi saksi kepada himpunan penyatuan ummah dan perpaduan politik Melayu.

“Hari ini, dewan yang sama menghidangkan suasana berbeza. Tiada lagi suara perpaduan, perjuangan bangsa dan agama. Ia berganti suara perpecahan. 

“Suara menakut-nakutkan, ugutan, penggantungan dan pemecatan. Saya berbangga menjadi sebahagian suara yang dulu dan bukan suara yang baru,” demikian luahan Tan Sri Annuar Musa di Facebooknya hari ini. 

Beliau juga mengenang kembali dalam Dewan PWTC itulah pernah memaparkan ayat al-Quran dan surah pilihan yang memperingatkan mengenai pentingnya perpaduan dan perpecahan.

“Ucapan-ucapan sarat dengan sifat berjiwa besar, saling memaafkan serta penyataan iltizam berjuang demi agama, bangsa dan tanah air.

“Lagu muafakat digubah, piagam dimasyhur, MoU ditandatangani. Suasana di sambut rasa lega rakyat di iringi linangan air mata,” katanya.

Pada 14 September 2019 UMNO dan PAS menubuhkan Muafakat Nasional (MN) atas alasan untuk mengukuhkan semula kesatuan politik bangsa itu.

Gagasan berkenaan didakwa mahu membawa perubahan kepada kesatuan politik Melayu di Malaysia.

Namun, peranan dan fungsi Muafakat Nasional kini seolah-olah tenggelam dan hilang punca. 

Hubungan kedua-dua parti dilihat masih ‘tergantung’ apabila UMNO memilih untuk memutuskan kerjasama dengan Bersatu pada PRU15 nanti, dan PAS pula kekal untuk mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

MR : UMNO makin rosak kerana kebodohan kepimpinan mereka, ahli pula bodoh ikut telunjuk kerana dah biasa makan dedak





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. umNO sama seperti BESI YANG BERKARAT....JIKA DIBERSIHKAN DENGAN MINYAK SEKALIPIN..BARAH TITIK2 HITAM DAN NODA MASIH KEKAL...itulah perumpamaan bagi mereka.BILA ada pihak hulurkan perpaduan perdamaian berpegang teguh TALI ALLAH...mereka mengekalkan kesombongan dan ego mereka demi kuasa wpun terpalit dengam MAKSIAT RASUAH SALAHGUNA KUASA CANTAS MENCANTAS FITNAH DAN SEBAGAINYA

    BalasPadam