Header Ads

ads header

Flash News

Tiada pihak boleh beri kata dua pada mana-mana parti lain - Tuan Ibrahim


Setiap parti politik di negara ini mempunyai kuasa autonomi untuk menentukan hala tuju masing-masing dan tidak ada pihak yang boleh memberi kata dua kepada mereka berhubung perkara itu, kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Selain itu katanya setiap perkara termasuk kerjasama politik akan dibincangkan dan diputuskan di peringkat pusat, bukan oleh negeri.

Tuan Ibrahim berkata demikian ketika ditanya pemberita mengenai kenyataan Umno Kelantan yang mahu PAS Kelantan membuat keputusan sama ada bersama parti itu atau Bersatu bagi menghadapi PRU akan datang.

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata PAS dan Umno boleh membincangkan perkara itu menerusi Majlis Perundingan Muafakat Nasional.

"Tiada masalah,” kata Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air selepas Majlis Perasmian Denai Sungai Kebangsaan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara di Sungai Jenderam, dekat Sepang hari ini.

Dia juga menegaskan hubungan PAS dan Umno serta Bersatu di Kelantan adalah baik.

Media sebelum ini melaporkan Umno Kelantan bertindak memutuskan hubungan serta kerjasama dengan Bersatu sebagaimana usul yang diluluskan dalam 12 Mesyuarat Perwakilan Bahagian sebelum ini.

-Bernama





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Minta semua pihak perbanyakkan istighfar.
    Allah sahajalah sebaik-baik pemberi lenyelesaian.

    BalasPadam