Header Ads

ads header

Flash News

Tuduhan terhadap Zahid tak ‘bermotif politik’, kata saksi


KUALA LUMPUR:
Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan tuduhan jenayah terhadap Ahmad Zahid Hamidi selepas pilihan raya umum ke-14 pada Mei 2018 “bermotif politik”.

Pegawai penyiasat SPRM, Khairudin Kilau memberitahu Mahkamah Tinggi, pertuduhan yang disyorkannya kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap bekas timbalan perdana menteri itu berdasarkan keterangan berdokumentar dan saksi yang dikumpul semasa siasatan dijalankan.

“Saya tidak setuju pertuduhan difailkan kerana perubahan kerajaan,” katanya menjawab soalan peguam Hisyam Teh Poh Teik semasa perbicaraan kes rasuah bekas timbalan perdana menteri itu hari ini.

Zahid berdepan 47 tuduhan pecah amanah jenayah melibatkan dana Yayasan Akalbudi, pengubahan wang dan menerima rasuah berkaitan pelbagai projek semasa menjadi menteri dalam negeri di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Hisyam kemudian menyoal pegawai berkenaan sama ada semua 47 pertuduhan, termasuk 12 kes pecah amanah jenayah yang dikendalikan olehnya (Khairudin) “tidak berasas”.

Peguam itu berkata, Zahid didakwa di Mahkamah Sesyen pada 19 Okt 2018 selepas dipilih sebagai presiden Umno.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Sazilee Abdul Khairi membantah haluan soalan itu dengan berkata, ia “mengejutkan”.

Sebagai respons, Hisyam berkata, “Saya perlu mengetengahkan kes pembelaan kepada saksi pendakwaan”.

Hakim Colin Lawrence Sequerah membenarkan peguam itu meneruskan soalannya kerana ia berkaitan kes pembelaan.

Hisyam: Adakah anda bersetuju reputasi seseorang akan rosak selepas pertuduhan jenayah terhadapnya?

Khairudin: Tidak setuju.

Pegawai itu bagaimanapun bersetuju dengan Hisyam yang Zahid merupakan “ahli politik pertama berdepan 47 pertuduhan” selepas perubahan kerajaan.

Kes pendakwaan tamat

Dalam pada itu, susulan pemeriksaan balas, pihak pendakwaan menyudahkan kesnya terhadap Zahid.

Perbicaraan kes Zahid bermula 18 Nov 2018 dan didengar selama 52 hari dalam tempoh dua tahun.

Timbalan Pendakwa Raya, Raja Rozela Raja Toran memberitahu Sequerah, pihak pendakwaan memanggil 99 saksi untuk memberi keterangan.

“Pendakwaan kini menamatkan kesnya.

“Kami menawarkan 37 saksi kepada pihak pembelaan, sekiranya tertuduh dipanggil membela diri,” katanya.

Antara saksi yang ditawarkan kepada pihak pembelaan ialah isteri Zahid, Hamidah Khamis; anak perempuannya, Nurulhidayah; adik lelakinya, Mohamad Naseaa; ahli perniagaan, Khalid Jiwa dan bekas pegawai kerajaan lain.

Hisyam berkata, pihak pembelaan memerlukan dua bulan untuk menyediakan penghujahan, sementara Rozela berkata, pihaknya memerlukan sebulan untuk membuat persediaan.

Sequerah memerintahkan pihak pembelaan dan pendakwaan memfailkan penghujahan bertulis mereka sebelum 28 Mei dan jawapan balas masing-masing pada 11 Jun.

Kedua-dua pihak akan kembali ke mahkamah untuk penghujahan lisan bermula 28 Jun hingga 2 Julai.

“Saya akan mengosongkan tarikh keputusan mahkamah sehingga saya mendengar penghujahan kedua-dua pihak,” kata Sequerah.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Zahid sedang melawan arus...sudah sampai masa takdir Tuhan, zahid mustahil terlepas dari segala dosanya terhadap rakyat malaysia...dulu sangat berkuasa, kini kuasanya tlh ditarik oleh Tuhan...

    BalasPadam
  2. cuba memutihkan masalah lampau yang telah menjadi titik2 hitam
    dan juga ada beberapa orang lagi, perlukan memegang jawatan parti
    atau menjadi juru cakap parti apabila telah menjadi a liability to the party
    sayang sangat ke jawatan tu

    BalasPadam