Header Ads

ads header

Flash News

UMNO-Bersatu: Tun M dedah pernah bagi amaran


SHAH ALAM
- Bekas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beliau sebelum ini telahpun memberikan amaran awal kepada kepimpinan parti itu mengenai akibat yang bakal diterima daripada kerjasama yang dilakukan dengan UMNO.

Menurut laporan Astro Awani pada Selasa, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, kerjasama tersebut sukar untuk dilaksanakan kerana berbanding Bersatu, UMNO merupakan parti yang dilihat lebih kuat dan telah lama berada dalam politik negara.

Pada masa sama, Dr Mahathir berkata, beliau juga diberikan tawaran bagi mengetuai gabungan baharu kerajaan yang cuba dibentuk pada ketika itu, namun mengambil keputusan untuk menolaknya kerana prinsipnya yang tidak boleh bekerjasama dengan mana-mana individu yang dihadapkan ke mahkamah.

"Waktu itu (sekitar penghujung Februari 2020), ada juga cadangan hendak lantik saya jadi Perdana Menteri dalam gabungan baharu.

"Saya kata tidak boleh hendak bekerjasama dengan orang yang dihadapkan ke mahkamah, dan saya bagi amaran bukan senang bagi Bersatu hendak bekerjasama dengan UMNO.

"UMNO lebih kuat daripada Bersatu dan Bersatu parti baharu, jadi mereka kata boleh tangani masalah. Sekarang ini kita lihat, UMNO tidak mahu Bersatu dan dia pun ada masalah dengan parti lain. Parti Pas juga ada masalah,” katanya yang juga merupakan bekas Perdana Menteri.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020 pada Ahad berkata, keputusan UMNO tidak bekerjasama dengan Bersatu pada Pilihan Raya Umum ke-15 adalah muktamad.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan