Header Ads

ads header

Flash News

UMNO, Pas tentukan hala tuju


SHAH ALAM -
UMNO dan Pas dijangka mengadakan pertemuan hari ini bagi membincangkan hala tuju dan masa depan kedua-dua parti itu dalam Muafakat Nasional (MN).

Menurut sumber, mesyuarat itu penting selepas UMNO membuat keputusan untuk tidak bersama dengan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya umum akan datang.

“Kepimpinan UMNO mahu tahu apakah pendirian Pas kerana ini penting untuk menentukan pembahagian kerusi menjelang pilihan raya nanti.

“Ini kerana adalah mustahil untuk memberikan kerusi sekiranya Pas tidak menyatakan pendirian mereka sama ada bersama dengan UMNO atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Sinar Harian difahamkan mesyuarat tersebut akan diadakan di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada jam 4 petang.

Pada 19 Februari lalu, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Janda Baik, Pahang telah sebulat suara memutuskan tiada kerjasama dengan Bersatu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Parti itu turut memutuskan, kebersamaan dalam kerajaan PN boleh diteruskan sehingga pembubaran Parlimen.

'Pendirian UMNO dibuat selepas permintaan Muhyiddin'

Bagaimanapun Sinar Harian difahamkan bahawa terdapat satu lagi syarat yang tidak didedahkan iaitu UMNO di peringkat negeri diberikan autonomi untuk membuat keputusan sendiri.

Badan Perhubungan UMNO negeri juga boleh menentukan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), namun keputusan untuk menentukan calon Parlimen adalah terletak di bawah kuasa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, sumber Pas turut mengesahkan tentang pertemuan tersebut namun parti itu tetap konsisten untuk mempertahankan MN.

“Kita jangkakan perkara ini akan dibincangkan namun ia bukan muktamad kerana banyak perkara lain yang turut akan dibincangkan namun Pas tetap konsisten untuk memperkasakan MN.

“Dalam masa sama kita juga akan mempertahankan PN dan ini adalah pendirian Pas dan ia tidak pernah berubah,” katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Fikirlah UMNO apa akan jadi kalau parti parti melayu-islam bertelagah. Silap silap kawasan yg majoritinya islam pun akan jatuh kepada pihak kafir pihak liberal pluralism Kalau ini terjadi UMNO yang akan dipersalahkan dan dituduh sebagai pengkhianat bangsa. Ingat PBBM wujud sebab masaalah 1MDB. Lepas ni kalau UMNO paling banyak MP ambiklah kedudukan sebagai parti paling banyak MP. Buat masa ni janganlah gadai tanah air demi ego mu

    BalasPadam
    Balasan
    1. katakanlah kepada pemimpin2 PAS... mana pergi MN lepas dapat jawatan... jgn tamak kuasa sampai hilang segala... BERSETUBUH cuba bunuh UMNO... mereka telah mula membuli dgn jawatan yg ada... sekian

      Padam
    2. Bersatu wujud kerana Mahathir marah sgt dgn Najib hngga skrg. Mahathir gunakn strategi 'pembunuhan karektor',timbulkan persepsi negatif msyarkat trhadp kredibiliti kepimpinan Najib Razak, selain lemparkan dakwaan berat sebelah.

      Konspirasi jatuhkan Najib bermula 1995 oleh bekas AG Ghani Patail semasa msh menyandang jwatn.

      Hakikatya AG secara peibadi beri taklimat dan brkongsi maklumat undang² sulit dgn TS Muhyiddin ahli kabinet dan ahli UMNO yg jelas brkepntingan, bkn shja tdk beretika ttp jg langgar 'Akta Rahsia Rasmi'. Beliau brsubahat dlm satu konspirasi brmotif politik utk memanipulasi dn salahguna sistem prundangan bg gulingkan PM yg dipilih scara demokratik.(panjang lg jika nak dipaparkan)

      Padam