Header Ads

ads header

Flash News

Ada golongan yang harapkan Muafakat Nasional hancur


SHAH ALAM -
Perpaduan ummah Muafakat Nasional (MN) sukar dicapai kerana terdapat golongan yang mengharapkan kesatuan itu hancur demi kepentingan peribadi.

Pengarah Strategi Pas Pusat, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, agenda MN menolak sebarang kerjasama dengan mana-mana golongan yang menolak Islam seperti ditunjukkan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika mentadbir negara bersama Pakatan Harapan (PH).

“Kesatuan umat ini tidak mudah. Ramai yang sedang mendoakan kejayaan kesatuan ini sepertimana adanya golongan yang mengharapkan kehancuran perpaduan ini kerana kepentingan peribadi sendiri.

“Justeru, slogan ‘No DAP, No PKR’ sentiasa dilaungkan dan dijadikan asas persefahaman.

“Malah, Pas keluar daripada Pakatan Rakyat pada tahun 2015 juga atas asas menolak agenda DAP dan PKR yang dilihat songsang tidak menguntungkan Islam,” katanya melalui siaran Facebook beliau pada Sabtu.

Mohd Khairuddin yang juga Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi berkata, MN ditubuhkan untuk menyatukan persaudaraan dan kuasa politik umat Islam.

“Ia melangkaui kepentingan parti masing-masing. Ia tidak bertujuan menjadikan mana-mana parti mendominasi satu sama lain.

“Ia semata-mata untuk memperkasakan umat Islam yang menjadi majoriti rakyat Malaysia, sekali gus memberi jaminan keselamatan dan kebajikan untuk rakyat minoriti,” ujarnya.

Tambah beliau, penyatuan dalam kalangan pemimpin amat penting dan menjadi asas kestabilan kerajaan.

“Kerajaan perlu dilihat sentiasa memperjuangkan isu dan kepentingan rakyat. Kritikan yang dibuat mestilah dengan hasrat ke arah memperkasakan kerajaan bersama.

“Tidak wajar isyarat yang salah disampaikan kepada rakyat yang sedang berhadapan dengan isu kesusahan ekonomi dan pengangguran akibat pandemik covid-19,” jelas beliau.

Pada Jumaat, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan berkata, Pas menolak sebarang agenda peribadi yang hanya untuk menyelamatkan pemimpin serta anggotanya berbanding menyelesaikan masalah negara serta rakyat.

Abdul Hadi berkata, parti tersebut juga menolak muafakat yang berpecah dan menyeleweng daripada matlamat asal MN.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. sangat setuju dgn dr khairuddin,,pihak yg berusaha menghancurkan MN adalah ph,,ph gagal. namun, ph gunakan ppbm blok muhyiddin ..iaitu dgn menyelinap masuk. caranya ialah dgn tubuh PN. Pas tertipu dgn ppbm, lalu sertai PN dgn alasan mahu menyatukan melayu tanpa menyedari bahawa ppbm akan guna pas untuk beri tekanan kpd umno. Pada hakikatnya, ppbm sendiri tiada lannsung kekuatan akar umbi, hanya menumpang tiket PM sahaja. jika PAS betul2 mahu lihat ketiga2 umno,pas dan ppbm bersatu,,pas mesti tekan ppbm supaya berlaku adil kpd umno. dengan membiarkan ppbm mahu bolot banyak kerusi, termasuk kerusi yg dibawa lari mp umno ke ppbm,toksah dok bercakap pasal penyatuan lah,,,ingat,,ppbm adalah musuh dlm selimut.

    BalasPadam
  2. umat melayu Islam patut sedar sebagai umat majoriti negara malaysia...PH dahulu adalah kesilapan umat melayu menyokong mereka...
    tiada sebab kaum majoriti dipimpin oleh kaum minoriti yg terang2 memperbodohkan umat melayu Islam sebagai umat majoriti negara ini...
    jika umat melayu Islam bersatu, khusus dalam PN..,tiada kaum lain yg boleh memperbodohkan umat melayu Islam hari ini...malah umat melayu Islam perlu bersatu sampai bila2...tanamkan semangat ini utk seluruh anak cucu umat melayu Islam hari ini buat selama2nya...

    BalasPadam