Header Ads

ads header

Flash News

Ahli perlu tahu kerjasama gelap yang dijalin bersama ‘Anwar’ akan menenggelamkan bahtera UMNO



TAN Sri Annuar Musa berkata, sejak berakhirnya PAU 2020 Ahad lalu, satu demi satu berita negatif menghimpit UMNO, baik dalaman maupun luaran.

Menurut beliau, tinjauan dalam kalangan rakyat biasa jelas tidak berpihak pada pimpinan parti.

“Dalaman parti juga tidak bertambah kuat. Kenyataan PAS hari ini tentang kedudukan Muafakat Nasional (MN) sudah diduga. MN berkecai akibat pendirian beberapa kerat pemimpin tertinggi yang meletakkan strategi peribadi mengatasi keputusan parti sendiri.

“Kerjasama gelap yang dijalin dengan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) serta komitmen menyokong Anwar telah ‘kantoi’ sehingga kita tidak dipercayai kawan, dan diperalatkan lawan.

“Meskipun ada percubaan menyembunyikan perkara itu,ia tetap dihidu oleh semua,” katanya.

Yang pasti dasar NO ANWAR NO DAP, katanya, yang turut menjadi dasar bersama MUAFAKAT NASIONAL telah dilanggari pemimpin parti yang kini membawa kepada luka dan tercederanya MN.

“UMNO perlu segera dirawat. UMNO perlu segera mencari penawar dari diracun dari dalam oleh pimpinan sendiri. Nakhoda sendiri sedang menenggelamkan bahtera yang dilayari.

“Kita belum terlambat. UMNO masih boleh di selamat. Buang dendam kesumat. Jangan lagi berkata kesat. Kawan jangan diipat lipat. Jangan angkuh dengan pangkat,” katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:


  1. SURAT DISAHKAN PALSU

    Setiausaha Kerja Umno Datuk Mohd Sumali Reduan menjelaskan beliau dan Pegawai Pejabat Presiden sering bertanggungjawab menyediakan surat menyurat dan 'letter head' tidak pernah dikeluarkan tanpa no rujukan, selain tidak pernah mengeluarkan surat pada hari Ahad (11hb Okt. 2020 adalah cuti mingguan)

    Pejabat Presiden Umno juga menegaskan bahawa ia tidak pernah mengeluarkan surat yang didakwa dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi menyatakan sokongan kepada Ketua Pembangkang itu sebagai PM-9.

    Penyebaran surat rasmi berkenaan sangat melampau dan mungkin disebarkan oleh segelintir pihak yg berkepentingan dan berniat jahat bertujuan merosakkan imej Presiden Umno.


    BalasPadam