Header Ads

ads header

Flash News

Anggap kami lompat ke PN, itu adalah perkara paling bodohlah kata Presiden MIC


Presiden MIC, SA Vigneswaran mempertahankan jemputan kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin untuk menyampaikan ucapan khas pada mesyuarat agung tahunan parti itu yang ke-74 hari ini.

Katanya, jemputan kepada Muhyiddin yang juga presiden Bersatu bukan petanda MIC keluar daripada BN untuk menyertai PN yang diketuai Muhyiddin sendiri.

"Anda perlu faham, saya masih dalam BN.

"Jika menjemput PM memberi ucapan dianggap sebagai kami lompat ke PN, itu adalah perkara paling bodohlah," katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan dasar pagi tadi.

Terdahulu, Presiden MCA, Wee Ka Siong menghadiri majlis perasmian mesyuarat agung tahunan MIC yang diadakan di Klang, Selangor, manakala Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Muhyiddin menyampaikan ucapan secara maya.

"Untuk bersikap adil, kita harus memanggilnya (Muhyiddin).

"Dia memberikan jawatan menteri kepada timbalan presiden parti saya tanpa saranan BN," katanya merujuk kepada M Saravanan yang juga Menteri Sumber Manusia.

"Itu adalah kebenaran. Kecuali ada orang yang dapat mempertikaikannya," tambahnya.

Muhyiddin hari ini memuji MIC dengan mengatakan parti itu membuat keputusan yang tepat dan rasional apabila menyokong PN.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan