Header Ads

ads header

Flash News

Annuar Musa dakwa wujud usaha terancang serang PN


SHAH ALAM -
Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mendakwa wujud usaha terancang menyerang kerajaan Perikatan Nasional (PN) daripada dalam sejak Ogos tahun lalu, selain serangan luar oleh Pakatan Harapan (PH).

Beliau bagaimanapun berkata, kejayaan kerajaan tidak dapat dihapuskan dan rakyat mengetahui apa yang dilakukan PN.

“Kerajaan ini dikendalikan oleh pasukan bimbingan bekas Perdana Menteri seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak. Insya-ALLAH mereka cukup pengalaman memimpin kerajaan,” katanya menerusi ciapan di Twitter beliau pada Isnin.

Beliau berkata demikian sebagai respons terhadap laporan Sinar Harian mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed bahawa kerajaan PN tetap mempunyai perancangan tersendiri bagi memastikan setiap masalah dihadapi negara dapat diselesaikan dengan baik, biarpun tiada manifesto jelas.

Menurut Mustapa, pihaknya sentiasa mengadakan perbincangan di kabinet melibatkan wakil-wakil dalam kerajaan seperti Pas, UMNO, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), MIC, MCA dan lain-lain.

Ia sebagai mengulas kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mendapat PN tidak mempunyai hala tuju disebabkan tiada manifesto jelas.


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. rakyat malaysia mula faham peranan kerajaan PN hari ini...
    khusus bagi umat melayu Islam...PN adalah taruhan terbaik utk menjadi kerajaan hari ini...
    pakatan dari anuar ibrahim, zahid, najib adalah pemobohong dan membawa musibah kpd seluruh rakyat malaysia...

    BalasPadam