Header Ads

ads header

Flash News

'Beri ruang kerajaan PN buat kerja sewaktu darurat'


SHAH ALAM -
Seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menggesa badan tertinggi parti itu memberi ruang kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk bekerja sepanjang tempoh darurat dahulu sebelum memutuskan tempoh menarik sokongan terhadapnya.

Bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Razali Ibrahim berkata, beliau berharap mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bakal diadakan pada 25 April ini akan lebih menumpukan kepada perbincangan bagi memuktamadkan proses pemilihan parti yang dijadualkan berlangsung pada Jun ini.

Jelas beliau, cadangan mengadakan pemilihan UMNO memang wajar diuruskan segera setelah urusan parti pada tahun 2020 berjaya diselesaikan menerusi pelaksanaan Perhimpunan Agung UMNO (PAU), hujung bulan lepas.

"Dari mana dapat berita (MKT bakal memuktamadkan tarikh UMNO menarik sepenuhnya sokongan terhadap kerajaan PN) sebegitu? Siapa yang kata? Biarlah kerajaan buat kerja mereka dahulu. Lagipun, (tempoh) ketika ini dalam proklamasi darurat lagi.

"(Tumpuan mesyuarat MKT untuk memuktamadkan tarikh pemilihan UMNO) Itu ok. Memang patut diuruskan setelah urusan parti pada tahun 2020 selesai.

"Maka, urusan bagi persidangan cawangan, mesyuarat perwakilan UMNO bahagian dan PAU 2021 perlulah disusun segera," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Semalam, media mendedahkan terdapat desas-desus UMNO bakal menarik balik sepenuhnya sokongan terhadap kerajaan PN melalui satu mesyuarat MKT yang dijangka diadakan pada 25 April ini.

Sekiranya usul menarik balik sokongan daripada kerajaan PN dimuktamadkan, hayat kerajaan PN secara automatiknya bakal terbubar kerana jumlah keseluruhan ahli Parlimen UMNO dan BN yang masih memberikan sokongan adalah berjumlah 38 orang.

Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz seolah-olah 'merajuk' dengan tindak-tanduk perwakilan MKT UMNO sejak kebelakangan ini apabila menyatakan beliau tidak lagi berminat untuk mengetahui sebarang keputusan penting yang akan dibuat pada masa hadapan.

Jelas beliau, sekiranya mesyuarat MKT UMNO kelak bakal memuktamadkan tarikh penarikan sepenuhnya sokongan parti itu terhadap kerajaan PN, Ketua UMNO bahagian Padang Rengas itu bersama Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sudah pun melakukannya lebih awal.

"Kalau mahu bincang soal bila hendak mengadakan pemilihan parti pun, saya tidak berminat hendak tahu kerana saya sudah tidak bertanding jawatan penting UMNO sejak tahun 2000 lagi.

"Jujurnya, saya sudah tidak ada minat hendak mengetahui apa lagi keputusan penting yang parti akan buat.

"Namun, sebagai seorang ahli parti yang setia, saya tidak mahu memberikan sebarang tekanan kepada ahli-ahli MKT membuat keputusan dan bersedia mengikut apa sahaja keputusan mereka nanti," katanya.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. Bukan beri ruang nihhh
    Berilah semua wang negara di bazir dan laknatullah perintah zalim rakyat

    BalasPadam
  2. Buat kje hapa..membuta time kje ada la.

    BalasPadam
  3. Yang seelok2nya memang begitu...jangan hanya tahu nak berkata2 saja...itu x betul..ini x betul..itu salah..ini salah...macam diri itu SUPER LENGKAP seperti tidak ada salah silapnya...Terbaik Datuk Seri...sebenarnya MAJORITI RAKYAT MALAYSIA dah MUAK dengan PERMAINAN POLITIK PEMBANGKANG selepas ERA PAKATAN HARAPAN punah ranah..!!!

    BalasPadam