Header Ads

ads header

Flash News

Beza besar PN dan PH


Setahu aku, peguam, doktor gigi, arak, judi adalah antara yang dilarang diiklankan di Malaysia. Peguam dan doktor gigi, kita tidak pernah lihat mereka mengiklankan diri. Arak, ya kita pernah lihat dan dibantah oleh PAS dan kumpulan yang membencinya. Pernah terjadi dizaman Pak Lah, iklan arak dalam akhbar tempatan berbahasa Inggeris yang sengaja diletakkan bersebelahan dengan gambar PM. Kurang ajar.

Manakala judi pula, keputusan nombor ekor tetap ada di akhbar-akhbar. Walaupun keputusan nombor itu bukanlah mengiklan, tetapi ia tetap seperti hebahan atau ajakan kepada orang untuk berjudi. Sebelum itu, cabutan loteri kebajikan pernah dibuat secara terbuka di kaca TV pada sekitar 70-an. Termasuk juga iklan arak ketika itu.

Kini, iklan judi secara berani, dibuat oleh sekumpulan orang yang mana pelakonnya ialah orang Islam (menurut pemakaiannya). Lalu ada orang segera sinis dengan PAS, dengan mengatakan, order 355 dapat 333. Beza yang tiada reti mereka lihat. Setiap perbuatan jenayah atau menyalahi undang-undang, akan dirancang di belakang tabir. Setelah itu rancangan pun dilaksanakan. Kemudian, baharulah pihak berkuasa tahu.

Jika jenayah atau salah laku dirancang, sedang ia dalam pengetahuan pihak berkuasa, maka sudah tentulah tindakan akan diambil terlebih dahulu sebelum ia disiarkan. Sama juga ketika zaman PH, pastinya ada jenayah yang sesudah dilaksanakan, baharulah ia diketahui. Yang membezakan antara PH dan PN yang ada di dalamnya PAS ialah, PAS konsisten menentang segala perbuatan yang melanggar hukum samada bantahan itu secara dalaman sebagai kerajaan atau secara luaran sebagai NGO pendesak.

Manakala PH pula, entahlah. Nak sebut pun tak sampai hati, tapi semua orang boleh nampak macamana dan apa yang berlaku ketika 22 bulan itu. Jadi sia-sia PH menyindir PAS kerana sekarang sudah penuh di media sosial bantahan PAS terhadap iklan itu, aduan kepada menteri dan juga doa-doa daripada orang yang berpuasa bagi menyelamatkan Malaysia.

PH ada buat bantahan tak? Atau lebih selesa menyindir orang yang membantah? Kalau begitu, ingatlah kisah penduduk di sebuah kampung di tepi pantai dalam surah al-A'raf yang telah menjadi kera dan babi dua dari tiga golongan. Golongan pertama, pembuat dosa, golongan kedua yang melarang pembuat dosa dan golongan ketiga yang memarahi golongan kedua yang melarang itu. Golongan pertama dan ketiga menjadi kera dan babi. Pilihlah yang mana satu. PAS tetap istiqamah menjadi golongan kedua. Sebab itu bantahan dalam dan luar, konsisten kita suarakan.

Mohd Nasir Abdullah



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


10 ulasan:

  1. Yo lah..sembang macam bagus..jgn dok nampak kurang orang.kaji dulu kerajaan sekarang..lagi teruk..tapi mana sedar..sebab yg dilantik dlm kabinet,semua tak boleh pakai..

    BalasPadam
  2. Woi sani bodoh
    Zaman ph ko to lagi babiii
    X thu ke
    Ke baru kuar gua???
    Bodoh 7 keturunan

    BalasPadam
  3. Ph dan bn berasa mereka mantap,,walhal pn skrg sedang bersihkan kekotoran yg mereka buat semasa berkuasa dulu,,tukang cuci pula d tuduh buat kotor oleh pengotor hahaaha

    BalasPadam
  4. Ko ingat semue parti politik to x kotor ke???
    Ko ingat semue bersih??
    X payah la ko nk ckp bn kotor,padahal parti politik yg lain to pown mcm tAik,,,
    Klu yg nampak bersih pown pas
    Ko nk ke sokong???
    15 pru dh buktikan rakyat msia nie x nk yang bersih...
    Puihhhhhhh

    BalasPadam
  5. era PH ramai sangat pemimpin dari kaum india, cina.... pkr, dap pemimpinnya ramai india, cina...umat melayu Islam se bagai kaum majoriti diperdaya oleh mereka....diparlimen kecuh macam pasar kerana mereka...saolah mereka saja yg pandai undang2...umat melayu Islam perlu sedar perkara ini....

    BalasPadam
  6. Make China Pay. The virus came from Wuhan and the fault lies with China. This is not the Malaysian government's fault. PH and Malaysiakini are Chinese stooge. They work for China. We must stop the Communist. DAP is a communist and wanted Malaysia to become a republic. Hence, they hated Islam , and hated our Royal family and Institution. That is why during their term they introduced ICERD , Statute Rome and allowed millions of Chinese from Communist China to enter the country and marry the locals and some loss in trace. DAP and PH are CCP stooge and they are a threat to Malaysia's sovereignity. They must be stopped. Muslims must unite against the communist domination.


    Saya ingin memberi pengesyoran supaya Malaysia bergabung dengan usaha Australia dalam kempen Make China Pay.

    Dalam kempen ini Malaysia tidak perlu membayar apa apa pampasan dalam pembatalan projek ECRL.
    Dan banyak lagi. Sila google carian Make China Pay.

    BalasPadam
  7. Untung la jd menteri PN.
    Tido pun dpt gaji.
    Parlimen tutup tp gaji ahli parlimen ttp masuk.
    Asalkan yg perintah skrg melayu islam...takdirrr!
    Tggu pru15..ko mangkuk2 PN sm lembu2 ternakan ko, tggu ko punya nasib!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku yakin PH dan UMNO yg lingkup. 24 jam berpolitik, rakyat tengah susah haram nak jengguk. Cakap je lebih, yg bagi bantuan kerajaan PN. Tak apa, kami tunggu.

      Padam
  8. PH / PN adalah sama.. cer tengok muka2 dlm tu... banyak yg sama..

    BalasPadam
  9. Bezanya, dapat e-wallet RM30 dibawah PH manakala bawa PN barulah dapat BPR dan I-sinar. Kalaulah PH masih memerintah lagi sekarang ni, memang confirm kena guling samada oleh tentera atau rakyat.

    BalasPadam