Header Ads

ads header

Flash News

Dah sampai masa BN umum calon PM, kata penganalisis


Sudah tiba masanya BN mengumumkan calon perdana menterinya bagi berdepan PRU15 kelak, kata beberapa penganalisis politik.

Jelas pemerhati politik, Arif Anwar Lokmanol Hakim, meskipun cadangan itu tidak mahu didedahkan kepada umum, keputusan harus dibuat dan dimaklumkan menerusi parti komponen.

“Perlu perbincangan calon perdana menteri dengan segera. Paling tidak pun sampaikan kepada parti komponen BN yang tertanya-tanya secara tertutup,” jelasnya ketika dihubungi Malaysiakini.

Tambah Arif, dia turut berpendapat, antara calon perdana menteri yang sesuai bagi mewakili parti tersebut ialah Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan.

“Prestasi beliau (Mohammad) ketika menjadi menteri besar Negeri Sembilan dijadikan contoh kerana bersih dan sudah tentu membawa faktor wow kepada rakyat di situ,” jelasnya.

Senada dengan Arif, penganalisis politik Dr Rusdi Omar turut menyifatkan pencalonan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat dapat membaiki imej BN.

“Tok Mat boleh baiki imej BN kerana secara beliau tidak mempunyai kes-kes mahkamah serta sering mendapat pujian di kalangan ahli dan rakyat,” tambahnya.

Bagaimanapun, kedua-dua Arif dan Rusdi turut menambah, Mohamad Hasan harus lebih berusaha untuk menonjolkan diri di kalangan media.

“Tok Mat ni belum cukup dikenali di segenap rakyat Malaysia lagi,” kata Arif.

Dia juga berkata pencabar terdekat Mohamad Hasan ialah Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob.

Sebelum ini, Presiden MIC SA Vigneswaran berkata BN kini mempunyai satu masalah yang perlu diselesaikan sebelum menjelang PRU15, antaranya, calon perdana menteri bagi gabungan itu.

Vigneswaran mengulas kenyataan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, yang berkata dia akan memimpin BN, yang kini menyokong kerajaan Perikatan Nasional, dalam usaha solo untuk merampas kuasa pada pilihan raya umum akan datang.

Baru-baru ini di Perhimpunan Agung Umno (PAU), timbalan presiden parti itu menjawab soalan mengenai calon perdana menteri Umno jika menang PRU15.

"Err... kamu sedang bercakap dengan dia sekarang," kata Mohamad bergurau.

Zahid calon PM bawa padah untuk BN

Sementara itu, Arif berkata sekiranya BN meletakkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon perdana menteri, ia hanya akan bawa padah kepada parti itu.

“Pelantikan Zahid hanya bawa padah kepada BN pada PRU 15.

“[...] Ini kerana imej Zahid telah pun buruk dengan beberapa kes pendakwaan mahkamah,” jelasnya.

Penganalisis politik Ahmad Atory Hussain juga sependapat yang sama seperti Arif.

“Tok Mat juga adalah calon yang sesuai sebab kalau Zahid masih memegang jawatan dan end up jadi perdana menteri, sukar Umno dapat kepercayaan,” katanya.

Jelas Atory lagi, tanpa pencalonan perdana menteri, BN akan sukar menentukan hala tuju parti.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan