Header Ads

ads header

Flash News

DAP ‘yakin’ Anwar terima pendiriannya, tidak jalin kerjasama dengan pemimpin kleptokrat


PETALING JAYA:
DAP menerima penafian Anwar Ibrahim mengenai rakaman audio kontrovesi baru-baru ini dan “yakin” presiden PKR itu tidak akan mengadakan kerjasama politik dengan pemimpin rasuah.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, yakin Ketua Pembangkang itu memahami syarat dan prinsip DAP berhubung kerjasama dengan pemimpin di luar kerangka Pakatan Harapan.

Beliau berkata, DAP menerima baik penafian Anwar berhubung rakaman audio yang dikaitkan dengan beliau dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini.

Anwar dan Zahid nafi mengadakan perbualan itu, namun rakaman itu dicanang oleh sesetengah pihak sebagai bukti wujud kerjasama antara dua pemimpin itu dalam menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional.

“Anwar sudah nafi secara terbuka dan kita (DAP) terima jawapan itu dengan prinsip kepercayaan terhadap Anwar,” kata Loke.

Beliau yakin, Anwar selaku pengerusi PH, akur dengan pendirian DAP berhubung kerjasama dengan pihak di luar gagasan itu.

“Kita tidak boleh memasukkan pemimpin kleptokrat yang disabitkan kesalahan dari segi rasuah dan sebagainya.

“Ada garis merah di situ dan saya cukup yakin ia difahami oleh Anwar,” kata beliau.

DAP sebelum ini menyifatkan Zahid sebagai pemimpin yang tercalar kewibawaannya.

Presiden Umno itu menghadapi perbicaraan atas pelbagai tuduhan rasuah, selain menghadapi desakan dari dalam dan luar parti untuk berundur.

Loke berkata, sebarang kerjasama yang mahu diwujudkan oleh PKR pimpinan Anwar dengan Umno perlu dibincangkan terlebih dahulu dalam Majlis Presiden PH.

Bagaimanapun, pada Loke, pendirian DAP dan Umno adalah jelas mengenai isu kerjasama antara mereka.

“DAP sudah memutuskan kita tidak ada kerjasama dengan Umno pada PRU15. Begitu juga, Umno kata ‘No DAP’. (Jadi) kita kembalikan mandat kepada rakyat,” kata beliau.

Loke berkata DAP mahukan PH berusaha membentuk kerajaan baharu bawah pimpinan Anwar pada PRU15 terlebih dahulu.

“Yang paling ideal bagi PH, bawah pimpinan Anwar, kita boleh membentuk kerajaan.

“Namun jika tidak cukup kerusi untuk membentuk kerajaan, kena lihat keputusan PRU15 (untuk timbang) sama ada ruang untuk kerjasama (dengan parti lain),” tambahnya.


MR : DAP main wayang nak tunjuk lebai


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Nampak...?

    DAP dah beri amaran keras secara tersirat...

    Sapa "tuan besar" dan "boneka" dlm PH...?

    Alhamdulillah, PAS tiada kerjasama dgn DAP, Pan dan Pkr ketika ini...

    BalasPadam
  2. anuar bukan jenis pemimpin yg berpegang pd prinsip...,memujur lalu, melintang patah...anuar sanggup langgar apa jua peradaban, etika semata utk jadi PM...
    anuar dan bermatian dari muda hingga ketua...,tetap tdk dapat jadi PM...
    apakah erti semua itu...? anuar tak layak jadi PM..,Tuhan pasti menghalangnya...

    BalasPadam
  3. Bukankah tindakan puak penyamun roket rasis tidak mahu berkerjasama dengan puak kleptokrat adalah satu bentuk hipokrasi tahap gaban sedangkan mereka dari spesies penyamun yang sama ? Apakah penyamun rasis merasa mereka lebih suci dari puak kleptokrat ? Lawak apakah ini ?

    BalasPadam
  4. Nampak tak korang..ini DAP tak suka kalau mereka menang bersama parti lain tetapi MP majoriti masih Melayu.. Mereka mahu biar menang tp MP banyak bukan Melayu...sbb itu dia suka PKR..sbb dlm PKR ramai MP bukan Melayu...nnt mereka boleh ganggu apa saja dasar² kerajaan yg ada berkaitan kepentingan Melayu..kleptokrat tu cuma alasan saja..

    BalasPadam
  5. ANWAR dgn TERUS MUNAFIKNYA...DAPIGS terkinja BEROK

    BalasPadam
  6. DAP yang penuh dengan agenda2 NAJIS KHINZIR dan DUBUK..termasuklah DSAI dan sesiapa aje bangsa MELAYU yang sebantal dan setilam dengan DAP !!!

    BalasPadam