Header Ads

ads header

Flash News

Inilah yg PAS buat dan PAS tak kisah apa yg PAS dapat ....


LillahiTaala...

1. Masa Dr. M dipecat dari UMNO oleh Tunku Abd. Rahman, PAS tawarkan pentas kpd Dr. M. Bila jadi PM...dia titik dan tindas PAS cukup2.

2. Masa UMNO lemah lepas 13 Mei, PAS terima pelawaan Tun Razak utk bersama Parti Perikatan selamatkan Malaysia. Bila dah kuat, UMNO khianati PAS dan jatuhkan kerajaan PAS Kelantan tahun 1978.

3. Masa Tengku Razali kalah pertandingan Presiden UMNO dan tubuh S46, Ku Li tak ada kawan. PAS tawarkan diri berkawan tapi bila S46 dah rasa
hebat
, S46 khianati kerajaan PAS Kelantan hingga PAS bertahan dg 1 kerusi majoriti dan hari ini Ku Li menghina PAS.

4. Masa DSAI dipecat Dr. M, PAS beri pentas kpd DSAI dan usung DSAI jelajah negara. Tapi apa balasannya? PAS difitnah terima RM90 juta dari UMNO.

5. Masa DSAI dihukum kerana meliwat, TGHH tulis buku Qazaf bela DSAI. Sebaik DSAI keluar penjara apa dia sebut? "Kita akan rampas Kelantan dan Terengganu dari PAS."

6. PAS cdg Azmin Ali jadi MB Selangor. Bila dilantik apa Azmin buat? Kurangkan EXCO PAS dari 4 kpd 3 dan serang PAS di PRK Sg. Besar dan tahan peruntukan ADUN PAS.

7. Masa DAP perlukan kawan, PAS bantu utk menang di Perak dan Selangor. Lepas menang DAP khianati PAS dg mewujudkan PAN.

8. Masa UMNO hilang kerajaan selepas PRU 14, PAS tolong UMNO dlm 10 PRK. Apa pimpinan teringgi UMNO buat sekarang?

9. Masa DSN dihukum penjara, PAS ziarah DSN dan beri semangat utk merayu ke Mahkamah Rayuan. Apa DSN buat kpd PAS hari ini?

PAS terus gagah dan tetap pertahankan hubungan dg MN dan PN. Itulah PAS. Tetap istiqamah membina persahabatan walaupun kerap dikhianati kerana PAS berusaha menambah kawan membina perpaduan.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Itulah wibawanya PAS yang tiada pada mana2 parti di malaysia.

    BalasPadam