Header Ads

ads header

Flash News

LENGIT




Politik negara berkisar 2, 3 orang yang sama. Watak lain sekadar melengkap satira yang tidak pernah habis. Caca marba rempah ratus siasah Tanah Melayu dicacah berbagai-bagai ideologi, kononnya paling sesuai mengalahkan sistem aturan Allah.

Mitos hanya parti keramat sahaja mampu memerintah selepas British sudah tumbang. Ironinya ditumbangkan Patih Karma Wijaya moden berasal dari parti yang sama.

Sejak beberapa dasawarsa hanya nama besar Mahathir dan Anwar sebagai watak utama. Mendahului politik tikam menikam dalam parti itu bermula perebutan kuasa team A vs team B, perebutan antara Kuli, Musa vs Mahathir dan juak²nya, persaingan Mahathir - Anwar, Mahathir - Abdullah Badawi, Mahathir - Najib dan begitulah kembali Anwar - Muhyiddin. Agaknya mereka sahajalah ada kelayakan memerintah. Agaknya pemerintahan mereka melonjakkan negara sebagai negara paling maju - wawasan 2020 ntah apa namanya... Walhasil tidakpun setanding Singapura, melainkan lebih baik dari Timor Leste.

Anwar yang gigih mendaki tangga istana Putrajaya, bukan sekali jatuh, malah luka² hingga membawa rehat panjang di jeriji penjara, kembali tag team dengan Mahathir musuh utamanya menyaingi Najib BN, berjaya menumbangkan Umno-BN, tetapi terpaksa rela menyerahkan singgahsana kepada Mahathir, dan menyerahkan tubuh untuk dikencingkan lagi oleh Mahathir.

Dan Mahathir yang menangis air mata buaya "lama dahhh" kembali ke Putrajaya memilih menjadi trojan horse kepada Kerajaan PH lalu tertaballah Muhyiddin sebagai PM menafikan sekali lagi Anwar.

Untuk ke sekian kalinya Mahathir menuntut jawatan PM, kononnya sebagai usaha membetulkan keadaan negara, haram dipersetujui sekian banyak MP melainkan disokong Mukhriz dan Mahfuz Omar.

Kini Anwar yang berkali-kali mengacau negara dengan serial Number SDnya...terus mengulang dan membuat 'press conference' kononnya dia ada cukup sokongan sebagai PM....dia dan dia berkali-kali sahaja yang punya cukup sokongan meskipun berkali-kali juga MP PKR meninggalkannya. Sampai ke tangga istana YDPA, hanya cakap kosong rupanya.

Rakyat sudah LENGIT dengan kalian... pandemik Covid-19 dan politik yang galau membosankan rakyat. Rakyat mahu kerajaan yang ada terus mentadbir. Anggap sahaja gangguan pesakit mental politik tersebut sebagai langau hidangan.

Rakyat bosan dengan kalian....
LENGIT!!!

Hassan Tsabitt II
Mampu Centre
17032021



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.



1 ulasan:

  1. Hassan Tsabitt II sengaja lupa yg rakyat pun dah lengit dan bosan dgn kerajaan sedia ada..

    BalasPadam