Header Ads

ads header

Flash News

Lupakan PAS, Umno perlu bangkit dan lawan, kata penganalisis


PETALING JAYA:
Seorang penganalisis politik melihat Umno hari ini sebagai “lemah dan ketakutan” walaupun jumlah keahlian dan sokongan akar umbinya kuat.

Felo Majlis Profesor Nasional Jeniri Amir berkata, untuk Umno kembali menjadi kuasa politik dominan, pemimpinnya mesti mempunyai keberanian untuk menentang musuh parti itu walaupun bermakna ia harus berada di blok pembangkang.

Beliau mengulas keengganan pemimpin Umno untuk meninggalkan jawatan mereka sebagai menteri dan timbalan menteri walaupun resolusi Perhimpunan Agung Umno (PAU2020) lepas adalah untuk tidak bekerjasama dengan PPBM pada pilihan raya akan datang.

PAS memutuskan untuk mengukuhkan kerjasama dengan PPBM dalam Perikatan Nasional (PN), sekali gus menimbulkan persoalan mengenai kerjasamanya dengan Umno dalam Muafakat Nasional (MN).

Perwakilan PAU2020 baru-baru ini mendesak PAS supaya memilih antara MN dan PN.

Jeniri Amir.

Jeniri berkata, pemimpin Umno dahulu lebih tegas dan berani menentang musuh mereka, tanpa mengira siapakah lawan tersebut.

“Sekarang PAS dengan jelas memihak kepada PPBM dan pula Umno jelas bersendirian, jadi hadapi kenyataan itu. Bertindak, tinggalkan kerajaan dan bersedia untuk hadapi pilihan raya”.

Jeniri berkata, “agenda peribadi” pemimpin Umno menghalang parti itu untuk terus maju.

“Jika kepimpinan parti kuat, mereka tidak akan takut untuk keluar kerajaan. Umno juga tidak akan takut untuk mengadakan pemilihan parti.”

Awang Azman Awang Pawi.

Penganalisis lain, Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, kepimpinan Umno seharusnya melupakan PAS dan terus bergerak ke depan.

“Umno bukanlah parti yang biasanya menang hanya 10 ke 20 kerusi,” katanya.

“Ia merupakan parti yang menang lebih daripada 50 kerusi. Ia mempunyai rekod dalam pentadbiran dan sentimen akar umbi kuat menyokongnya.”

Felo Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura Oh Ei Sun berkata, kerajaan yang kini memerintah di bawah perintah darurat akan terus berfungsi walaupun Umno “menarik picu”.

Oh Ei Sun.

“Dalam pada itu, Umno akan kehilangan jentera kerajaan serta sumber awam yang diperlukan bagi menghadapi PRU kelak”.

Oh menyifatkan keputusan PAS untuk memihak kepada PPBM sebagai “jalan mudah dan oportunistik”.

“PPBM terdesak untuk mencari rakan kongsi yang akan meningkatkan sokongan dalam kalangan orang Melayu.

“Sementara itu PAS pula terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti yang kondusif dan memberi manfaat kepada agenda teokratiknya dalam jangka panjang.”





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. Tanah rezab melayu tggal hanya 12% aje lg di bawah pemerintahan umno selama 62 tahun. Pandai umno jaga tanah melayu, dengan sokongan akar umbi yang bodo lg dayus. Beri la lg umno perintah biar habis tanah rezab melayu tinggal 0.00%. Anak2 generasi nk beli tanah pun dh habis, kena beli dgn cina nanti. Satu lot Rm 1 juta nanti. Tggu ya. Zaman PH mereka aset hartanah melayu, umno pula jual tanah melayu sbb dpt komisyen banyk hgga kaya raya wo.

    BalasPadam