Header Ads

ads header

Flash News

Mahathir Balik Semula Ke Bersatu? Mahathir hadir dalam program kerajaan pusat (PN)


Mahathir Mohamad menafikan telah menjadi penyokong kerajaan selepas beliau hadir dalam satu majlis anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar semalam.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, dia hadir pada majlis yang turut dihadiri oleh menteri Datuk Dr. Abdul Latif kerana menghargai pihak swasta yang membantu penduduk Langkawi.

Beliau menegaskan kehadirannya itu tidak mempunyai kaitan dengan politik dan masih berada di pihak pembangkang.

“Sebagai MP, saya hadir ke acara anjuran @kplb_gov bagi menghargai pihak swasta yg bersama bantu rakyat Langkawi melalui agensi Kerajaan.

“Kehadiran saya tidak punyai kaitan politik sama sekali. Ini bukanlah bermakna saya sudah jadi penyokong Kerajaan. Saya masih dalam parti lawan,”ciap Dr. Mahathir di Twitter.

Perdana Menteri sebanyak dua kali itu hadir Majlis Penyerahan dan Penghargaan Rakan Strategik anjuran Kementerian Pembangunan Luar Bandar yang berlangsung di perkarangan Majlid Al-Ehsan, Temoyong, Langkawi.

Jelas Dr. Mahathir sejak dahulu perjuangannya masih sama iaitu mahu menjayakan orang Melayu supaya tidak ketinggalan di negara mereka sendiri.

Sementara itu, Dr. Mahathir menegaskan, dia sentiasa berpegang dengan prinsip bahawa bantuan seharusnya tidak hanya sekada memberi wang secara percuma.

Namun sebaliknya, mereka yang ketinggalan perlu diajar dan dibekalkan dengan kemahiran supaya mereka boleh berusaha untuk menjana pendapatan dengan kemahiran dan latihan yang diperoleh.

“Dengan itu mereka lebih bebas dan tidak terhutang budi atau terlalu bergantung kepada mana-mana pihak.

“Saya berterima kasih kepada syarikat-syarikat yang berusaha bantu membangunkan dan atasi masalah di Langkawi ini apatah lagi ketika pulau pelancongan ini menghadapi kesan dari wabak Covid19,” kata Dr. Mahathir. SM





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. banyak sangat dah jasa2 Tun pd umat melayu, malah seluruh rakyat malaysia...tdk mustahil TUN akan bersatu bersama kerajaan yg mengutamakan, memperjuangkan demi umat melayu...
    Tun mustahil bersama PH yg terbukti meleset demi umat melayu...maka itulah Tun sendiri yg meruntuhkan PH...semuanya demi bangsanya sebagai umat melayu Islam...

    BalasPadam
  2. dah lama tau,game dia x habis lagi.. rakyat yg tersepuk!!.. bulan puasa ni pikir yg baik jela... jgn jd macam ada budak BUNGA tu, mengata x tentu pasal... x madan yg koeng...

    BalasPadam