Header Ads

ads header

Flash News

Maruah Zahid dipijak bila MCA, MIC perlukan PN daripada BN


MCA dan MIC – dua komponen parti yang masih bersama Umno dalam Barisan Nasional (BN) sebenarnya lebih memerlukan Perikatan Nasional (PN) lebih daripada gabungan yang hancur berkecai sejurus selepas kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu.

MCA dan MIC kedua-duanya menjadi parti nyawa-nyawa ikan sejak PRU13 lagi.

Selama ini mereka hidup di bawah telunjuk Umno.

Ketika Umno berkuasa, MCA dan MIC tidak berani bersuara meskipun parti Melayu itu melakukan perkara yang mengguris hati para penyokong mereka.

Hasilnya kedua-dua parti ini melangkah menuju ke zaman matahari terbenam.

Kegagalan MCA dan MIC untuk bersuara menyebabkan DAP mendapat untung politik yang paling besar.

Umno digambarkan sebagai parti yang ultra dan MCA dan MIC pula didendangkan sebagai parti yang kowtow kepada parti Melayu itu dalam apa juga keadaan.

DAP menggunakan ruang ini, kelemahan MCA dan MIC semaksima mungkin dengan mengeluarkan kenyataan secara bertubi-tubi terhadap apa-apa sahaja isu yang boleh menunjukkan mereka sahajalah yang berani bersuara melawan Umno.

Masa depan MCA dan MIC sememangnya sangat malap sehinggalah mereka menjadi sebahagian daripada kerajaan PN.

Cadangan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi BN akan bertanding bersendirian di PRU15 akan membawa MCA dan MIC ke jalan maut.

Oleh itu, pada Perhimpunan Agung MIC ke-74, presiden parti S Vigneswaran terus mengumumkan akan terus menyokong dan kekal bersama-sama pentadbiran kerajaan PN yang diketuai Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sehingga menunggu keputusan muktamad dibuat Majlis Tertinggi BN.

Tindakan Vigneswaran yang turut menjemput Muhyiddin untuk merasmikan perhimpunan agung MIC ibarat memberikan dua tamparan kiri kanan yang hebat terhadap Zahid.

Ini bermakna MIC sudah belajar daripada kesilapan dengan tidak mengikut Umno secara melulu.

Mengikut Umno secara melulu hanya akan membawa MIC ke laut.

MIC juga memahami retorik sebahagian pimpinan Umno yang sudah berhujah untuk bekerjasama dengan PKR dan DAP sebagai tanda sudah hilang keyakinan kepada mereka, dan juga MCA.

Tindakan Vigneswaran adalah bertepatan dengan realiti politik semasa di mana MIC memilih kedudukan yang boleh menjamin kelangsungan politiknya iaitu terus berada di dalam kerajaan dan bertanding sebagai kerajaan pada PRU15.

Stuasi MCA juga sama.

Mereka tidak mempunyai pilihan lain selain mengikut jejak MIC.

MCA dan MIC belum lupa bagaimana susahnya menjadi pembangkang.

Mereka tidak akan membuang payung ataupun lampu yang membantu mereka terjumpa jalan keluar ketika tersesat di dalam terowong gelap.

Ini amat berbeza dengan Umno yang sudah terasa diri mereka kuat sehingga boleh bertanding diri sendiri.

Jika Umno masih tidak sedar, maka mereka akan bersendirian menghadapi PRU15 sebagai Umno dan bukannya BN kerana MCA dan MIC sudah hampir pasti tidak akan mengikutinya secara melulu ke jalan maut.

Sesungguhnya MCA dan MIC belum lupa siapa di dalam Umno yang membawa mereka ke zaman tercorot dalam sejarah politik parti masing-masing.

Timmy Say





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


1 ulasan:

  1. MCA dan MIC tak perlu terlalu bersusah playing victims dalam kerjasama mereka dengan umno. Lebih 60 dekad, kedua2 parti tersebut mengambil kerusi di kawasan majoriti Melayu dan mendapat menang yang mudah kecuali setelah beberapa PRU yang lalu apabila kaum mereka mendapati lebih mudah, lebih manfaat diperolehi apabila majoriti menyokong DAP tapi dalam masa yang sama MCA dan MIC bersama dalam kerajaan agar kepentingan kaum dan kroni mereka terpelihara. Berapa ramai bangsa cina dan india yang kaya hasil kerjsama ni. Tapi mereka kononnya terpinggir tapi dalam masa yang sama menuntut kawasan aka kuasa di atas kekuatan majoriti bangsa Melayu, contohnya MCA dengan lancang awal2 dah mintak kerusi anuar tan di Kelantan, strategi yang terbaik makan keliling, dap menang di kawasan bukan Melayu dan MCA, MIC menang di kawasan Melayu. And yet orang Melayu bergaduh sesama sendiri berebut kerusi yang diberi percuma pada MCA dan MIC tanpa rasa ragu. Now, dah dapat tuan (along kawasan) baru, mestilah sokong PN. Kalau MCA, MIC betul2 ikhlas bertandinglah di kawasan di mana DAP bertanding, bukan jadi pondan nak menang mudah di kawasan Melayu, lepas tu berzaman2 nak gigit tangan yang menyuap. Saya tak sokong umno, tapi umno n orang Melayu kena sedar fakta ni dan tak tertipu dengan naratif MCA, MIC hanya mangsa kepada Umno. Habis manis sepah dibuang, melepaskan anjing tersepit, belanda mintak tanah adalah perumpamaan Melayu tapi dalam berkawan dengan mereka-Melayu sendiri buat2 lupa, malang sungguh, ibarat kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

    BalasPadam