MN sudah 'mati' di Terengganu? Sikap pemimpin PAS masih itiqamah... Pemimpin UMNO hampir semua tamak haloba
Pentadbiran Terengganu pimpinan PAS percaya mereka akan dapat menyelesaikan isu percanggahan pendapat dengan Umno negeri dan mengajak ketua parti itu Ahmad Said untuk berbincang.
Undangan itu dibuat selepas Ahmad menyifatkan gabungan Muafakat Nasional (MN) di negeri tersebut sudah ‘mati’ dan menegaskan Umno akan bertanding di semua 32 kerusi negeri serta lapan daripada 12 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum (PRU) kelak.
Exco Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu Mohd Nor Hamzah berkata, kerjasama dua parti dalam Muafakat Nasional (MN) itu perlu dilihat menerusi aspek yang luas bagi memastikan perpaduan Melayu-Islam..
“Muafakat mesti diperkukuhkan. Atas asas itu, saya rasa perundingan dan perbincangan seterusnya boleh dilakukan melainkan jika kedua-dua bersedia untuk berbincang.
“Dan saya sehingga hari ini harapkan agar pemimpin-pemimpin Umno BN khususnya dari kerajaan negeri Terengganu, terus bersedia untuk menghulurkan tangan supaya kita berdamai dan kita membina penyatuan ini di meja rundingan dan kita bersedia utk berbincang seterusnya di meja rundingan.
“Apa saja persoalan dan isu yang berkaitan untuk kita melihat perpaduan ini terus berlaku,” katanya kepada Malaysiakini pagi ini.
Portal The Malaysian Insight (TMI) hari ini melaporkan, Ahmad berkata, MN seakan ‘mati’ di Terengganu dan menyifatkan situasi pakatan politik itu hanya seperti pertemuan pemimpin menjamu selera tetapi tidak membincangkan perkara penting.
“Saya menitiskan air mata.
“Kita mengharapkan MN tapi sebenarnya tak berlaku hanya gimik semata-mata. Sebab itu saya kata MN tak berlaku di Terengganu,” katanya.
Ahmad yang juga merupakan bekas menteri besar Terengganu mendakwa akar umbi Umno masih tidak dapat menerima MN susulan serangan PAS sebelum ini.
Dia
merujuk ucapan kontroversi Presiden PAS Abdul Hadi Awang pada 1981 yang
dikenali sebagai Amanat Hadi - yang antaranya berkata Umno dan BN
mengekalkan “peraturan kafir”.
“Hal kafir-mengkafir, fatwa yang mengelirukan berlaku. Macam mana kita nak berdepan (PAS) hari ini,” katanya seperti dipetik portal terbabit.
Mengulas hal demikian, Mohd Nor menambah pemimpin Umno perlu memimpin ahlinya supaya menerima agenda kerjasama.
Tambahnya, PAS juga telah berbuat hal sama bagi memastikan ahlinya menerima MN.
“Kita bukan melihat pada ruang yang sempit di negeri Terengganu ini tapi kita mesti melihat bahawa perpaduan ini adalah perpaduan yang penting untuk negara ini,” jelasnya.
“Saya rasa apa salahnya kita teruskan rundingan ini, kita teruskan perbincangan ini, kita perkukuhkan muafakat ini, kita lupakan isu-isu yang lama ke arah permuafakatan dan perpaduan ummah di negeri Terengganu dan seluruh negara bahkan kita mahu melihat agar Melayu Islam ini kuat,” tegasnya.
Sementara itu, Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu Muhammad Khalil Abdul Hadi ketika dihubungi tidak mengulas panjang berhubung hal tersebut.
“PAS kekal dengan prinsip memperkukuhkan MN dan mempertahankan Perikatan Nasional (PN),” katanya.
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Ternyata, tuduhan Umno tempohari bahawa PAS parti pemecah belah telah memakan diri mereka sendiri....
BalasPadamBetul...
PadamBagi umno, muafakat nasional dh mati di terengganu sbb semua pemimpin umno gila kuasa, gila jawatan, gila gaji, gila projek sbb baham komisyen rasuah lg yg dh 62 tahun tertanam dlm fikiran mereka.
BalasPadamsaidina umar khatab pernah jadi KAFIR...hingga sanggup UTK membunuh RASULLULAH..dgn hidayah ALLAH masuk ISLAM dan jadi SINGA ALLAH...UMnongok KEKAL dgn DENDAM KESUMAT terus LUPA dgn kezaliman mereka termasuk peristiwa MEMALI LUBUK MERBAU hapuskan INSTITUT BERAKAN..SEKAT ROYALTI CANTAS dan senaraihitam serta mencampak jauh PA yg PROPAS....TETAPI cari talian hayat dgn PAS bila diharamkan KUli dgn s46 anwarfikun dgn PKRnya akhirnya jadi ANJING TERSEPIT....
BalasPadamUmno Terengganu kata Pas tak berikan peruntukan pada DUN mereka. Salah siapa sebenarnya...
BalasPadamjika umno teruk,,maka pan yg bersekongkol dgn babi dap lagi teruk,,pkr yg bertuankan pesalah liwat lagi teruk. pas dan umno jgn termakan dengan jarum2 halus musuh iaitu barua2 dap dari pan dan ppbm serta pkr seperti di atas. Teruskan muafakat ,,kekal perpaduan pas dan umno. insyallah,,kita terajang keluar dap dan baruah2 dap dari kerajaan selamanya2.
BalasPadamHello! I just would like to offer you a huge thumbs up for
BalasPadamthe excellent info you have right here on this post. I am coming back to
your website for more soon. 메이저사이트
Your style is very unique compared to other people I’ve read stuff from. Thanks for posting when you have the opportunity, Guess I will just bookmark this page 바카라
BalasPadam