Header Ads

ads header

Flash News

Muafakat Nasional Retak Disebabkan Kelemahan Zahid, Berdolak-dalik Terhadap Segala Ketetapan Parti – Nazri Aziz


PETALING JAYA:
Perpecahan gabungan Muafakat Nasional (MN) susulan percanggahan pendapat sesama pemimpin UMNO dan Pas berpunca daripada kegagalan serta kelemahan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ketua UMNO Bahagian Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, malah Ahmad Zahid dilihat tidak mampu menggerak atur hala tuju parti sehingga menyebabkan ramai termasuk pemimpin Pas hilang keyakinan terhadap kebolehan beliau.

Beliau berkata, kepincangan kepemimpinan Ahmad Zahid makin jelas apabila menteri-menteri UMNO lebih mengutamakan bertemu dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berbanding presiden parti sendiri.

“Segala-galanya berpunca akibat hilang keyakinan kepada Ahmad Zahid, dia sekejap cakap macam ini, sekejap cakap macam itu. Beliau dilihat tidak tegas berhubung keputusan Perhimpunan Agung UMNO meskipun memperoleh sokongan majoriti perwakilan,” katanya.

Mohamed Nazri berkata, Ahmad Zahid perlu berpegang kepada prinsip dan tegas dalam membuat keputusan dengan tidak berdolak-dalik terhadap segala ketetapan parti.

“Kalau cakap A, maka A perlu dipatuhi. Jangan hari ini cakap A, esok cakap B pula,”

Ahli Parlimen Padang Rengas tersebut juga menjelaskan, keputusan Pas itu juga sebenarnya mempunyai motif politik tertentu sedangkan hubungan akar umbi dalam kalangan ahli UMNO dan Pas masih baik.

Katanya, ahli akar umbi kedua-dua parti secara terang-terangan menolak kerjasama dengan Bersatu yang dilihat mempunyai agenda tersirat.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, terkuburnya MN bukan disebabkan oleh UMNO sebaliknya oleh sikap Pas yang tidak ikhlas dalam menjalinkan hubungan kerjasama dan hanya mementingkan agenda kepentingan politik sendiri.

Menurutnya, malah keikhlasan Pas kini dipersoalkan sejak menjadi sebahagian kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga sanggup mengetepikan kerjasama MN bersama UMNO yang diwujudkan sejak masing-masing berada dalam blok pembangkang.

Katanya, malah parti itu kini sanggup menjadi alat politik Bersatu setelah selesa menggalas kedudukan jawatan kabinet dan agensi serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Sejak kematian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, parti itu seolah-olah hilang arah tuju dan kini hanya ke arah materialistik (kebendaan) kerana mereka kini menyokong kepada pihak mempunyai kepentingan sahaja.

“Daripada Pakatan Rakyat sehingga Gagasan Sejahtera. Selepas itu, beralih pula kepada MN dan kini Perikatan Nasional (PN) pula, apa makna semua ini? Ini menunjukkan mereka tidak ikhlas dalam landasan politik,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Selain menyelar perbuatan itu, beliau menegaskan Pas dilihat memilih bulu dalam menjalinkan kerjasama politik.

“Ketika dalam pembangkang mereka memilih DAP dan PKR, kemudian pula UMNO. Tetapi bila jadi kerajaan, pilihan seterusnya adalah Bersatu. Jadi di mana pendirian Pas sekarang,” katanya





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. kita hok bengong pi tuduh orang lain bengong.. tak cerdik langsung pemimpin gini

    BalasPadam
  2. Ya Nazri. Adalah lebih baik ko lompat masuk DAP. Mana tahu DAP menang mereka angkat ko jadi PM. Ko dok dlm UMNO pun dah Tak Guna Tak lama lagi UMNO revah tersungkur.

    BalasPadam
  3. Landasan politik PAS senang je untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup ddari segi pentadbiran negara dalam aspek undang2, kewangan, sosial dan bermacam macam lagi. Buat apa nak bersama parti politik yang menjadi penghalang akan cita cita dia, tetapi diharap bila PAS berkawan deengan mereka ni kefahaman mereka tentang Islam meningkat. Macam mana pun PAS tetap menang walaupun kalah dalam pilihan raya. Ada fahammm.

    BalasPadam
  4. Kenyataan nazri ni memang poyo macam budak budak ...dia lupa pemimpin umno lagi ramai dilantik sebagai menteri dan pengerusi glc...kenapa menyibuk hal lebai...lebai pun bukannya bodoh kerana lebai juga berwaspada sebab dalam ameno masih banyak buaya dan rimau yang tidak peduli kawan ataupun musuh..bodohlah lebai jika percaya bulat bulat kepada ameno kerana lebai juga ada prinsip,sasaran...

    BalasPadam
  5. nazri sedang mengangkat dirinya utk jadi PM, habis org kiri kanan disikunya...,tapi kredibiliti nazri tdk ditahap itu...lebih baik nazri join MIC....perangainya berbelit2 macam keling....

    BalasPadam
  6. Mamat Johor masih mentah dlm pokitik. Sbb tu setiap kenyataan yg dibuat menampakkan kebengongannya. Pas berada dilandasan yg betul iaitu untuk menyelamatkan negara ini berada dibawah kuasa org Melayu..cuba tanya diri sendiri dan sebengongan dgnnya siapa yg cuba memporakperandakan pentadbiran negara skrg..jgn menyalahkan org lain jika diri sendiri mempunyai jiwa yg kotor

    BalasPadam