Header Ads

ads header

Flash News

Panggil ‘abang long’ gambar hubungan peribadi, bukan Malaysia-China – Hishammuddin


KUALA LUMPUR-
Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mempertahankan penggunaan gelaran ‘abang long’ terhadap rakan sejawatnya dari China, Wang Yi walaupun selepas dikritik di media sosial.

Menurut beliau, istilah itu hanya menggambarkan hubungan peribadinya bersama Wang Yi, bukan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.

“Frasa yang saya guna bukan merujuk kepada hubungan bilateral kita kerana perikatan Malaysia-China yang kukuh adalah berdasarkan kepercayaan bersama dan kesaksamaan,” jelas Ahli Parlimen Sembrong itu menerusi Twitter.

Kata Hishammuddin, memandangkan Wang Yi lebih berusia dan merupakan Menteri Luar yang lebih senior, beliau adalah seorang ‘abang’ kepada saya secara peribadi.

“Menunjukkan hormat tidak mencerminkan kelemahan,” jelas beliau.

Hishammuddin juga menegaskan bahawa Malaysia kekal bebas, berprinsip dan pragmatik dalam melaksanakan dasar luar negara.

Terdahulu, pada Khamis, Hishammuddin dalam sidang media dilaporkan menggelar Wang Yi sebagai abangnya serta menggambarkan hubungan Malaysia-China sebagai “sebuah keluarga besar”.

 “You will always be my elder brother,” kata Hishammuddin kepada rakan sejawatnya.
Kenyataan itu menimbulkan pelbagai reaksi, termasuk dari Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bimbang dengan impak gelaran berkenaan kepada diplomasi negara.

“Ini bukan bahasa dan gaya yang sepatutnya digunakan dalam dunia diplomasi dan hubungan antarabangsa kerana ia seolah meletakkan taraf Malaysia kepada hanya sebagai boneka asing,” bidas Ahli Parlimen Port Dickson itu melalui Twitter.

“Sebagai negara yang berkecuali dan tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar dunia, kenyataan beliau itu jelas suatu bentuk penghinaan terhadap negara kita sendiri.

Justeru, Anwar menggesa supaya Hishammuddin segera memohon maaf kepada rakyat Malaysia serta menarik balik kenyataan itu.

Hishammuddin mengadakan lawatan rasmi selama dua hari ke China, antaranya sebagai usaha Beijing untuk mendekati ASEAN bagi menyelesai kemelut politik di Myanmar. -SuaraTV





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan